fbpx

Dicaj Lebih 25% Setahun

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 263Words
  • 279Views

Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq

Baca kisah rakan saya dicaj lebih 25% setahun.

Semalam masa lepak dengan kawan lama saya. Tiba-tiba dia mula tanya.

‘Bro, aku nak minta tolong sikit. Aku nak pinjam duit boleh? Nak bayar duit motor bulan ni.’

Saya terkejut bila dengar ayat ni. Setahu saya motor dia dah tak ada hutang.

‘Aku boleh bagi pinjam tapi bukan motor kau dah tak ada hutang ke?`

‘Aku baru beli motor. Pakai loan ked@i.’

Saya angguk faham. ‘Berapa bayar sebulan?’

‘Nak dekat RM300 juga sebulan. Deposit haritu dalam 2 ribu kot, harga motor rasanya 11 ribu.’

‘Mahal juga motor kau ni, superbike ke haha?’ Saya melawak sambil buat kira-kira.

Lepas kira saya tunjukkan pada kawan saya tu kadar pinjaman motor dia. Lebih dari 25% setahun!

Kadar ‘interest’ tu untuk setahun tau. Bukan 5 tahun.

Kawan saya tu buat pinjaman 5 tahun. Jumlah kena bayar balik hampir RM17 ribu!

Saya tetap bantu dia, bagi pinjam duit. Motor tu punca rezeki dia. Nak jual pun hutang banyak lagi.

Bagi saya lebih baik daripada kena lelong. Deposit dah keluar. Motor lelong model dia tu biasa paling tinggi pula menang dalam RM8 ribu je.

Kalau kena lelong paling kurang dia rugi RM3 ribu termasuk deposit.

Nasihat saya, kalau nak beli sesuatu barang dengan pinjaman. Buat kira-kira dulu.

Memang pinjaman lepas. Boleh bayar bulan-bulan. Tapi korang kira lah berapa caj yang korang kena.

Lepas kira kalau ada lagi pinjaman yang lagi murah. Pilih yang tu. Kalau lagi baik bayar tunai terutama barang bawah RM10K.

Razzaaq Ajaq
#cikguscooter

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Handling Objection 101 “Takaful zalim! Hanya terima orang sihat sahaja.…