fbpx

Didatangi Samseng Bounzer Scammer

  • 2 years ago
  • 6Minutes
  • 1113Words
  • 569Views

Travelog Financial Fighter: Didatangi Samseng Bounzer Scammer

Sepanjang karier saya sebagai perunding kewangan sepenuh masa dan sebagai pemburu scammer tanpa gaji secara separuh masa, insiden tahun 2015 ini masih segar dalam ingatan saya.

Pertama kali sekumpulan lelaki dari sebuah syarikat yg saya pernah dedahkan menjalankan urusniaga secara tidak sah, bertandang ke ofis saya.

Mereka datang bertiga, seorang sebagai jurucakap, seorang pembantu dan seorang samseng bouncer. Dua daripadanya dalam gambar ini.

Dalam sesi tersebut, saya sempat snap gambar mereka dan saya katakan kpd mereka yg saya tidak akan tarik balik posting saya di FB.

Kalau Tuan-Puan perasan, gambar bisnes kad itu agak kabur kerana ia diambil dalam keadaan terketar. Terketar kerana marah dan cuak.

Seminggu sebelum itu, saya menulis posting yang mengandungi amaran dari sebuah jabatan kerajaan yg menyebut secara jelas tentang syarikat mereka dikatakan menjejaskan bisnes mereka.

Kisahnya begini,

Awalnya tiada yang pelik

Pada suatu hari saya menerima satu mesej dari seseorang yg dikenali sebagai En A (bukan nama sebenar) yang ingin berjumpa saya.

Seperti biasa, saya cadangkan beberapa masa dan tarikh utk beliau datang ke pejabat saya. Lalu satu tarikh dan masa dipersetujui bersama, pada 24 Ogos 2015. Tarikh ini memang ada dalam rekod saya.

Sebenarnya tidak ada sesuatu yg pelik kerana memang selalu prospek dan pelanggan datang berjumpa saya di pejabat utk berdiskusi tentang hal ehwal kewangan seperti pengurusan perbelanjaan, pengurusan hutang, takaful, unit trust, wasiat dan sebagainya.

Kira-kira jam 9:30 pagi tarikh yg dijanjikan, beliau datang bersama 2 orang rakan. Seorang berbadan tegap, dan seorang agak pendek tapi agak tegap juga.

Ketika bersalaman terpacul dari mulut saya;

“Oh Encik A, lain macam nampanya?”.

Saya mempersilakan mereka duduk.

En A lantas menghulurkan bisnes kadnya lalu berkata;

“Tentu Encik Afyan tahu syarikat kami?”

Saya mengangguk-angguk, menandakan saya tahu nama syarikatnya.

Ya, kira-kira seminggu dua sebelum itu saya pernah menulis tentang syarikat tersebut yg menjalankan urusniaga hartanah yang agak menghairankan.

Saya dituduh menyebarkan fitnah

Dalam posting berkenaan juga saya sertakan satu surat rasmi dari pihak berkuasa yg tertera nama syarikat tersebut.

“Apa yang boleh saya bantu?”, tanya saya. Serius. Saya menjangkakan sesuatu yg tidak diingini berlaku.

“Kami nak minta Encik tarik balik posting tentang syarikat kami”, Encik A berkata dengan lembut.

“Mengapa saya perlu saya berbuat demikian?”, tanya saya.

“Disebabkan posting Encik, jualan syarikat kami merudum”, katanya lagi.

“Apa yang saya tulis?”, tanya saya.

“Encik memfitnah kami”, katanya lagi.

“Apa yg saya fitnah? Tunjukkan posting tersebut, dan jika ada fitnah saya akan tarik balik”, kata saya.

Saya yakin, saya tidak pernah memfitnah.

Mana-mana syarikat yg saya bongkarkan, ia datang dengan fakta.

Lalu beliau membuka telefon bimbitnya dan mencari-cari posting saya. Beberapa minit berlalu. Beliau menefon seseorang.

Berdasarakan perbualannya, saya dapati beliau menelefon rakan pejabatnya utk dapatkan posting “fitnah” saya.

Kemudian, beliau menunjukkan posting saya.

Lalu saya tanyakan kembali soalan yg sama;

“Apa yang saya fitnah?”

“Begini, Encik masukkan surat daripada Jabatan Perumahan Negara. Ini merupakan satu salah faham dari jabatan terhadap syarikat kami dan kami sedang berurusan dengan pihak Jabatan Perumahan supaya salah faham diselesaikan…”

Saya memotong kata-kata En A,

“Kalau begitu, bukan saya yang Encik perlu buat tuduhan fitnah. Encik patutnya ke Jabatan Perumahan Negara dan minta mereka tarik balik surat tersebut. Bukan saya yang fitnah, tapi Jabatan Perumahan Negara yang mengfitnah, bukan?”

Saya katakan kepada mereka lagi

“Encik, kalau Encik nak minta saya turunkan posting ini, Encik pergi ke Jabatan Perumahan Negara yang mengeluarkan notis tentang syarikat Encik. Kenapa nak marah saya?”

En A nampak terkejut.

Saya di beri amaran

Tiba-tba rakannya yang berbadan sasa bangun dan memberi amaran kepada saya;

“Encik, boleh Encik dengar dulu??”.

Agak keras kata-katanya sambil berpeluk tubuh.

Saya merenung mata lelaki berkaca mata hitam itu. Besar-kecik-besar-kecik saya nampak.

“Baik, teruskan”, kata saya

En A menyambung;

“Apabila Encik A upload surat tersebut, ramai yang baca dan menyebabkan jualan suarikat kami merosot seminggu dua ini. Jadi saya minta Encik tarik balik posting berkenaan”.

Saya tegaskan kembali kata-kata saya sebelum itu;

“Saya tidak pernah memfitnah. Jadi saya tak perlu tarik balik. Itu ialah kenyataan rasmi dari Jabatan Perumahan Negara dan saya hanya kongsikan sahaja. Jadi perkara ini Encik yang perlu selesaikan dengan mereka, bukan saya. Dan jika mereka ada keluarkan surat mengatakan syarikat Encik tiada masalah, saya akan kongsikan ke FB saya”.

Lelaki yg berdiri dari tadi pula menyampuk;

“Encik, yang Encik sibuk-sibuk sangat dengan syarikat kami kenapa? Kenapa Encik tak sibuk-sibuk sangat dengan syarikat judi, arak yg bersepah dekat Gombak ni? Syarikat orang Melayu juga yang Encik nak serang. Nasib baik Encik orang Melayu, kami datang berbincang. Kalau Encik bangsa asing, dah lama kena….”

Dia mengugut nampaknya. Mula petik suis agama dan bangsa.

“Encik, tadi Encik kata jangan potong cakap kawan Encik. Tapi kali ni Encik pula yang potong cakap saya?”

Saya mulai “berangin” dan ketika itu saya suara saya mulai bergetar dan mengetipkan gigi tanda saya pun mulai tidak senang dengan diskusi yang berlangsung.

Ketika itu, rakan-rakan ofis sebelah mula masuk ke ofis dan kelihatan mereka menjenguk-jenguk dari luar ofis. Antara yang menjadi saksi insiden berkenaan ialah Sdra Hamidi Zamri, Sdra Nik Muhammad Hanis, boleh Ustaz Razak Muthalib dan bigboss mereka Sdra Amin Idris

Kami berkongsi pejabat yg sama, dgn 2 lagi rakan, Ustaz Syaari Ab Rahman

dan tauke borong China Sdra Faiz Zakaria. Saya ingat-ingat lupa sama ada ketika itu rakan-rakan lain yg ada di ruang tamu.

(Selepas “perbincangan” tamat baru saya tahu, mereka mencuri-curi dengar “perbincangan” kami dan sengaja “lalu-lalang” di depan pintu ofis saya untuk membuat rakaman)

“Encik jangan main-main dengan kami!”, kata lelaki berbadan tegap itu sambil menuunjuk jari telunjuknya kepada saya.

Saya cuba bertenang.

“Encik-encik semua, saya terima kedatangan Encik semua dengan baik. Jadi saya mohon Encik semua pun dapat berbincang juga secara baik.

Encik kata saya fitnah, dan apabila saya minta tunjukkan di mana fitnah, Encik gagal tunjukkan. Sekarang Encik nak meninggi suara pula dengan saya?!

Sebagai tindakan berjaga-jaga saya perlu mengambil gambar Encik bertiga, boleh?”, kata saya sambil mengambil handset dan mencari mode kamera.

Tanpa menunggu mereka memberi keizinan, saya terus mengambil gambar mereka.

Ketika saya merakam gambar, dalam hati saya terdetik;

“Apa nak jadi selepas ini, jadilah!”. Saya nekad, jika mereka membuat tindakan yang di luar batasan, saya akan lawan balik dan bertakbir kuat-kuat!

Ketika itu dada saya beromabk deras, dengan perasaan bercampur baur; marah, terkejut, suspen, berdebar, cuak dan sebagainya.

Selepas mengambil gambar, nampak lelaki berbadan sasa itu tidak puas hati lalu dia keluar daripada pejabat saya.

Kini di hadapan saya hanya tinggal Encik A dan seorang lagi rakannya.

Sambungannya dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga. Buku ini saya tulis pada

tahun 2017 mengumpulkan kisah-kisah saya melawan scammer.

Pada saya tak ada stok. Nak beli, boleh klik di sini

Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa yang boleh usahawan pelajari daripada kejayaan Mael Totey The…