fbpx

Dilema Seorang Ejen Takaful

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 373Words
  • 344Views

Dilema seorang ejen takaful

1. Leader push suruh buat sales banyak-banyak. Kalau tak, kena pulau dari ejensi.

2. Tengok ejen lain tukar kereta baru, dapat pergi trip negara – rasa nak dapat juga, tapi….

3. BNM makin ketatkan syarat untuk dapat full comission, dengan Balance Score Card, nak kena maintance of contract (MOC), persistensi dll

4. Jumpa pelanggan yang sihat, mereka kata “nanti dulu”.

5. Jumpa pelanggan yang beria-ia nak sertai takaful, rupa-rupanya ada banyak penyakit.

6. Tengok FB, ramai duk kecam ejen takaful sebab kes viral medical card tak dapat claim.

7. Pelanggan sedia ada duk bising takut claim depa tak dapat, ugut nak berhentikan polisi.

8. Jumpa prospek baru, bila kata takaful ni untuk perlindungan dan bukan untuk saving, kena reject.

9. Jumpa prospek yang dah ada penyakit, kena marah sebab takaful reject.

10. Jumpa prospek yang dah ada pengalaman negetif dengan ejen lain, kena marah lagi walaupun yang buat taik ejen lain.

11. Follow up prospek, prospek kata “nanti dulu”. Lepas beberapa bulan klien mesej, “bila boleh saya sign?”, rupa-rupanya baru semalam klien jumpa doktor disahkan penyakit.

12. Follow up prospek, prospek kata “nak bincang dulu dengan pasangan”, dari baru kahwin sampai dapat cucu.

13. Pengalaman paling misteri, jumpa prospek yang hari-hari meeting dan driving setiap kali follow-up call.

14. Hujung bulan tengok penyata akaun dan tengok wajah anak-anak, sayu…

Afyan Mat Rawi
Ini kisah saya suatu ketika dahulu. Sekarang, semua dapat diatasi dengan mudah 🙂
Berminat?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Kenapa syarikat takaful tak wajibkan medical check up?" Berikutan isu…