fbpx

“Do ke Minah mati dulu?”

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 189Words
  • 679Views

“Do ke Minah mati dulu?”

Dalam #SeminarBMW tempoh hari, ada soalan berkenaan kematian serentak, daripada salah seorang peserta.

1. Dalam situasi kematian serentak, contohnya suami isteri meninggal dunia akibat kemalangan, bagaimana status faraid di antara mereka? Adakah mereka saling mewarisi?

2. Berdasarkan akta Presumption Of Survivorship Act 1950, mahkamah akan menganggap orang yang lebih tua meninggal terlebih dahulu. Rujuk gambar pertama.

3. Kebiasaannya suami lebih tua daripada isteri, maka jika berlaku kematian serentak, maka akan dianggap suami meninggal dahulu diikuti isteri jika berlaku kematian serentak.

4. Namun ia hanya terpakai pada orang bukan Islam sahaja kerana pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengeluarkan fatwa bahawa sekiranya berlaku kematian serentak, mereka tidak saling mewarisi pusaka. Rujuk gambar pertama.

5. Jadi, apabila berlaku kematian serentak, waris-waris akan mewarisi harta- harta pusaka kedua-duanya tanpa mengambil kira siapa meninggal dulu.

6. Dalam merancang harta pusaka termasuk hibah takaful bagi suami isteri, perlu ada perancangan sekiranya berlaku “worst case scenario” kematian serentak ini, terutama bagi pasangan yang mempunyai anak bawah umur. Bagaimana nasib anak-anak kita sekiranya kehilangan kedua-dua ibu bapa serentak.

7. Perancangan kewangan boleh bermula dengan perancangan pusaka.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Gambar pertama

 

Gambar kedua

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila artis bertemu artis 😍 Meriah kelas training Online Marketing &…