fbpx

Dr Azman Ibrahim Ahli Politik Yang Menyantuni Rakyat

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 286Words
  • 391Views

Dalam banyak-banyak ahli politik dsn wakil rakyat yang saya follow, saya sangat suka cara Dr Azman Ibrahim berpolitik dan menyantuni rakyat.

Saya follow beliau sejak beberapa tahun lalu, seingat saya sebelum menjadi YB dan exco kerajaan negeri.

Beliau siap berkongsi nombor telefon personal ke publik, sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang setaraf beliau. Selalunya, orang berstatus VIP seperti beliau hanya kongsi nombor telefon PA sahaja.

Dalam kesibukan beliau sebagai wakil rakyat dan juga exco kerajaan negeri, beliau masih sempat melayan WhatsApp yg dihantar.

Ramai juga yang memohon bantuan melalui nombor WhatsApp beliau.

Ada juga mencuba-cuba dan nampak ada unsur penipuan tapi berjaya ditangani beliau dengan baik.

Suka saya cadangkan rakan-rakan untuk follow beliau dan InsyaAllah akan dapat banyak mutiara ilmu-ilmu yang dikongsi beliau melalui posting-postingnya.

Ramai ahli politik dari pelbagai parti, termasuk parti yang saya sokong, saya unfollow disebabkan berpolitiking siang dan malam, melabel, mengfitnah, mengutuk, memaki hamun, tapi beliau berjaya menarik perhatian saya untuk terus follow.

Tulisan beliau kemas. Ejaan tidak menyakitkan mata. Tatabahasa lengkap. Perenggan pun kemas. Isu-isu yang dilontarkan juga menarik.

Bukan macam sesetengah ahli politik yg siang malam maki hamun pihak lawan. Atau troll memanjang. Atau serius 24 jam. Atau selfie, selfie, selfie.

Apabila skrol balik, rupanya saya pernah berhubung dengan belaiu melalui FB pada tahun 2015 untuk urusan rawatan pergigian. Maknanya dah lama saya ikuti beliau. Dan saya bukan jenis jarang rekomen untuk follow orang lain. Yang betul-betul konfiden baru saya cadangkan.

Oh ya, beliau merupakan doktor perubatan. Bukan title “Dr” beli atau PhD palsu. Cuma beliau pernah jual produk palsu. Kalau nak tau, apakah produk palsu yang pernah beliau jual, follow beliau atau tanya beliau melalui WhatsApp 😁

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person

No photo description available.

Image may contain: 1 person

No photo description available.

Image may contain: text

Image may contain: 1 person, text

No photo description available.

 

Afyan Mat Rawi
Bukan pengundi DUN beliau

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masa mula-mula dijemput untuk menyertai program Ambang Tahun Baru 2020,…