fbpx

Drama Yang Memaparkan Watak Gay Dan Sekolah Tahfiz

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 245Words
  • 453Views

Kecoh pasal drama yang memaparkan watak gay dan sekolah tahfiz.

 

 

Rilek aaa. Jangan la sentap sangat.

Katanya penerbit hanya memaparkan kisah realiti.

Selepas ini, semoga ada penerbit drama lain yang berani buat kisah kerjaya-kerjaya lain yang dihormati, dengan membawakan watak sisi gelap mereka.

Jangan hanya fokus bidang agama dan pak-pak Ustaz sahaja.

Nampak macam sengaja menunggang agama la pulak. Cuba la tunggang yang lain sekali.

Sesekali cuba tunggal sekolah pula – buat kisah guru besar ada skandal dengan cikgu sekolah. Atau kisah guru yang ada skandal seks dengan pelajar sekolah bawah umur. Atau pensyarah dengan mahasiswa. Tengok apa pula reaksi warga pendidik.

Atau kisah Ketua Polis sebagai watak utama yang makan rasuah hari-hari dan ada skandal. Tengok apa pula reaksi warga PDRM.

Mungkin juga kisah doktor yang ada skandal dengan nurse-nurse di hospital. Kita akan dapat tengok respon warga KKM bagaimana.

Boleh juga menteri yang menipu untuk menang pilihanraya, kemudian ada skandal seks. Tengok pula apa reaksi menteri dan penyokong mereka.

Nak lagi best, kisah benar Perdana Menteri tuduh Timbalan Perdana Menteri meliwat yang berlaku di negara Wakanda. Tengok apa reaksi warga Wakanda.

Kalau nak lebih dramatik, cerita menteri Wakanda yang kantoi video berak sembelit.

Ada cadangan cerita lain?

Bukan apa, sebagai pengajaran dan tauladan untuk masyarakat. Cikgu, polis, doktor, apatah lagi Pak Menteri dari Wakanda. – sama macam Sang Ustaz – bukan baik sangat pun.

Amacam? Ada bran?

Kalau setuju, bagi komen, like dan share sikit.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari laman web Riduanmalik.com . Dalam laman web beliau…