fbpx

#DramaRamadhanSarah – Bazar Ramadhan

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 92Words
  • 296Views

“Ayah, nak pergi bazar Ramadhan”, kata Sarah waktu balik sekolah.

“Haaa??? Dah habis bulan puasa dah tak ada bazar Ramadhan” balas si ayah.

“Oooo…. Kenapa?”

“Sebab bazar Ramadhan untuk bulan Ramadhan sahaja. Sekarang dah bulan Syawal”

“Ooooooooo….”, kali ini lebih panjang “o” beliau.

“Kenapa Sarah nak pergi bazar Ramadhan?”, tanya si ayah.

“Sarah nak beli stiker”

Baru teringat beberapa hari lepas beli stiker bersama Sarah di pasar malam, tapak yang sama bazar Ramadhan lalu.

“Itu pasar malam la Sarah”

“Oooooooooooooooooooooooooo”, lebih panjang dari tadi.

#DramaRamadhanSarah
#DramaPascaRamadhanSarah

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semoga pihak polis menyiasat jika benar ada yang meninggal dunia…