fbpx

#DramaRamadhanSarah

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 188Words
  • 299Views

#DramaRamadhanSarah

Tadi ambil Sarah lambat dari sekolah. Selalu jam 3:50, tapi hari ini jam 4:30 lebih baru sampai sekolah dia.

“Ayah, budak kecik kalau tak puasa takpe kan?”, tanya Sarah ketika memimpin dia ke kereta.

Rasa lain macam pula dengan soalan Sarah kali ini.

“Budak kecil takpe”, balas saya balik.

“Ayah, tadi Sarah minum air”, kata Sarah, perlahan.

“Haaaaa????!!!”, terkejut saya.

“Sarah hauuuuuus”, kata Sarah.

“Sarah minum air tadi?”, saya masih tak percaya. Sudah hari ke-20 Sarah puasa.

“Sarah minum air. Bibik bagi”, kata Sarah. Bibik merujuk makcik yang jaga kantin dan koperasi sekolah.

Saya kehilangan kata-kata. Antara terkejut dengan nak tergelak.

“Tadi Kak Aikha dah cakap, jangan makan tapi Sarah makan juga”, Zulaikha menyampuk sebaik sahaja mendengar perbualan kami.

“Mana ada makan! Sarah minum jeeee”, bentak Sarah, memarahi kakaknya.

Ayahnya berhuhuhu sahajalah.

Kenapalah Bibik tu bagi. Gamaknya kesian tengok Sarah.

“Hari tu Ayah kata boleh minum kan kalau haus?”, kata Sarah.

Sekali lagi si ayah kehilangan kata-kata.

Percakapan saya masa hari pertama puasa dijadikan pegangan rupanya. Rujuk #DramaRamadhanSarah hari pertama, kalau tak ingat.

Perempuan sangat…. Kata-kata 100 tahun lepas pun masih di ingatannya.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar hiasan semata-mata Di TV, kebanyakan drama atau filem melayu…