fbpx

Dua Tawaran

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 348Words
  • 283Views

Saya berikan soalan ini malam tadi. Pilih salah satu antara dua tawaran:

1) Bos berikan tuan RM1,000 setiap hari selama 30 hari.

2) Bos berikan tuan 1 sen pada hari pertama, 2 sen pada hari kedua, 4 sen pada hari ketiga, 8 sen pada hari keempat. Dan begitulah seterusnya selama 30 hari.

quote

Secara mudah otak kita akan memilih benda yang nilainya nampak besar pada waktu sekarang.

Jika kita memilih no 1, maka kita akan dapat nilai RM30,000 pada hari ke 30. Manakala pilihan no 2, kita akan dapat RM10.7 juta pada hari ke 30.

“Woww… Daripada 1 sen boleh jadi 10 juta?”

Inilah yang dipanggil sebagai compound interest.

Bak kata cerita dongeng, Einstein pernah berkata, “Pulangan terkompaun adalah keajaiban dunia ke 8.”

30 hari itu sebenarnya mewakili tempoh 30 tahun. Magik compound interest ini kita tak perasan dalam tempoh setahun dua. Jadi jika baru melabur dalam unit trust, jangan rasa kecewa lihat duit membiak dengan perlahan.

Selalu kami dengar keluhan orang yang baru mula melabur, “Rugi sahaja melabur dalam unit trust!”

Ini kerana kita tidak set matlamat pelaburan kita. Berapa lama mahu melabur? Berapa banyak duit yang kita mahu labur setiap bulan? Pilihan pelaburan apa yang ada?

Kemudian baru kita buat unjuran mengikut tempoh, kemampuan kita dan pilihan apa yang ada.

Contohnya jika kita melabur RM1,000 dalam satu pelaburan yang boleh berikan pulangan 10% setiap tahun dan setiap bulan kita top up RM300. Dalam tempoh 30 tahun duit itu akan membiak menjadi RM641,237.

Sedangkan modal yang kita keluarkan selama 30 tahun itu hanyalah RM109,000. Siapa yang berikan lagi RM500k++ itu? Compounded return.

Setiap jenis pelaburan ada risiko. Tetapi risiko senyap yang paling dahsyat adalah dengan tidak berbuat apa-apa seperti pilihan no 1.

Sekiranya kita ada rak ajaib seperti di Sabah, bolehlah simpan dalam rak sahaja.

Dan risiko lain adalah memilih skim cepat kaya. Ini kita panggil risiko tersontot.

Pilihan no 2 itu adalah contoh ekstrem compound interest sebab pulangan yang diletakkan adalah 100% setiap hari. Umpama skim cepat kaya menawarkan keuntungan 100% setiap tahun.

Sebab itu dari 1 sen boleh jadi RM10 juta!

Jadi jika nampak ada orang sebut ROI melampau tinggi dalam tempoh setahun, sila lari jauh-jauh.

Cadangan kami, untuk buat unjuran pulangan pelaburan, pulangan 10%-15% masih lagi logik untuk dibuat.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
*Post ini panjang. Klik butang Share jika mahu baca kemudian.…