Dugaan dan cabaran sebelum mengerjakan umrah 2025
28 Januari 2025, tiba-tiba telefon saya meragam lagi. Skrin gelap, langsung tak menyala.

Boleh cari AAA Mobile Repair Runner. Boleh datang ke pintu rumah atau pejabat untuk collect dan baiki hanphone.
Sebenarnya dua minggu sebelum itu, kejadian sama sudah berlaku. Saya dah hantar baiki, dah bayar, dah lega. Tapi entah di mana silapnya, masalah itu datang semula.
29 Januari
Hendak dijadikan cerita, ia berlaku pada saat-saat akhir persiapan umrah bersama keluarga.

Semua dokumen digital, e-wallet, WhatsApp group, internet banking, dan sebagainya semua tersimpan dalam telefon.

Kedua kedua saya hubungi
Hendak dijadikan cerita lebih tragis, insiden ini berlaku ketika cuti Tahun Baru Cina. Semua kedai repair yang saya hubungi sama ada tutup atau tidak dapat baiki segera kerana supplier bercuti.

Kedai ketiga saya hubungi
Saya hanya mampu termenung. Dalam kepala, macam-macam berlegar. Nak beli telefon baru? Nak tunggu baiki? Atau nak redah saja dengan telefon rosak?
30 Januari
Akhirnya, saya gunakan hanphone lama sebagai gantian sepanjang umrah dan aktifkan WhatsApp nombor Arab Saudi untuk memudahkan komunikasi dengan isteri dan keluarga.
Sempat update notis WhatsApp pada 30 Januari menggunakan WhatsApp desktop
“Saya menunaikan umrah hingga 12 Feb 2025. Jika ada hal pentig, hubungi staf saya 0192667025. Jika hal personal, hubungi isteri saya. TQ”

Sempat update notis WhatsApp pada 30 Januari menggunakan WhatsApp desktop
Telefon utama? Terkulai kaku dari tarikh itu hingga saya pulang.

Ini nombor wasap saya di Arab Saudi
11 Februari
Kembali ke tanah air, baru sempat hantar ke kedai untuk dibaiki.
13 Februari
Barulah phone lama siap dibaiki.
Alhamdulillah…
Apabila terjadi begini, baru saya sedar, kadang-kadang, kita terlalu bergantung pada teknologi. Dan apabila ia hilang sekelip mata, kita jadi lumpuh.
Ada juga saya berdoa agar phone saya kembali pulih di Tanah Suci, tapi Allah tidak makbulkan.
Mungkin ini adalah cara Allah makbulkan doa saya umrah kali ini untuk fokus kepada amal ibadah.
Hasilnya umrah kali ini saya hampir sifar berkomunikasi dengan media sosial terutama WhatsApp, Telegram dan Facebook yang kebiasaannya saya aktif.
Mohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubungi. Insya Allah saya akan respon satu persatu.
Apapun servis runner baiki handpphone pleh AAA Mobile Repair Runner memang terbaik. Saya berani rekomen.
Siapa nak baca catatan saya sepanjang umrah kali ini? Kali ini saya menunaikan umrah bersama keluarga, buat kali pertama.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran