fbpx

Duit jadi burn ke kalau bayar takaful bulan – bulan tapi tak pernah claim?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 424Words
  • 1285Views

Dipetik dari FB Alif Ahmed

Sia-sia jer.

“Kalau saya bayaq bulan-bulan ni, takdak claim-claim, yang saya bayaq sebelum ni semua kira ‘burn’ la kan?!”

Pandang mata dia.

“Macam ni sia-sia ja la saya bayaq kan?”

Senyum, lepas itu bersuara.

Bang, ada orang beli payung. Dia beli sebab tengok langit gelap, macam nak hujan. Tiba-tiba langit cerah kembali, hujan tak turun, payung elok lagi dalam sarung plastik. Sia-sia ke bang? Esok mungkin hujan turun.

Bang, ada orang beli helmet. Beli hat selesa ada kelulusan sirim. Visor BOGO. Bila bawak motor, dia pakai. Hari-hari dia pakai. Tak pernah ‘accident’. Kepala pon elok je. Sia-sia ke bang? Esok tak payah pakai helmet ke bang.

Bang, ada orang pasang grill besi kat pintu dan tingkap rumah dia. Setiap pintu ada kunci. Tambah dengan pedal ayam (mangga) lagi. Dia pasang pulak alarm system. Rumah dia tak pernah masuk pencuri. Sia-sia ke bang? Esok pencuri cuti ke.

Kereta abang ada children carseat. Kereta pulak built-in airbag system. Tak pernah accident. Sia-sia ke bang? Esok tak bawak kereta dah ke bang.

“Aduuhhh, engkau sekolahkan aku pulak ni.” kata brader Tu.

Bukan sia-sia bang.

  • 1. Alhamdulillah, syukur abang tak ditimpa musibah kesihatan dan kewangan. Ini tak sia-sia bang.
  • 2. Alhamdulillah setiap sen abang sumbang, ada aqad tabarru’, aqad derma untuk bantu orang lain. Ada bahagian sumbangan abang yang digunakan untuk bantu orang lain yang ditimpa musibah. Ini tak sia-sia bang. Seperti abang sedekah secara senyap-senyap. Pasti besar ganjarannya bang.
  • 3. Alhamdulillah, takdak risau sebab dah usaha
  • terbaik untuk diri dan keluarga. Usaha ni perintah bang. Takaful hanya alat. Ini bukan sia-sia bang.
  • 4. Cuba abang bayangkan jika ditimpa musibah kesihatan. Alhamdulillah ada takaful yang bantu kos rawatan. Semua ni dari sumbangan peserta-peserta lain juga bang. Ini tak sia-sia bang
  • 5. Cuba abang bayangkan, keluarga hilang punca pendapatan kerana abang ditimpa musibah kemalangan. Alhamdulillah, ada takaful yang membantu untuk kelangsungan. Semua ni sumbangan peserta-peserta lain juga bang. Tak mungkin ini sia-sia bang.

Kalau nak senarai banyaknya nikmat Allah beri pada kita bang, tak terhitung.

Allah bagitahu, bukan kita yang bagi rezeki kat diri, anak isteri, keluarga kita. Bahkan Allah yang beri rezeki.

Usaha adalah tanggungjawab kita. Dan dari setiap usaha, ada usaha yang lebih utama atas satu usaha yang lain.

Ibadat paling utama ialah solat bang. Dan usaha paling utama, ialah usaha atas iman dan amal kita bang.

Takdir bukan pekerjaan kita. Kita hamba bukan Tuhan.

Salam maulidur rasul.

#tentangcinta
#ikhlasbersama

Alif
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai yang bertanyakan saya berkenaan tindakan suspended oleh SC ini,…