fbpx

Duit Suami Isteri

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 235Words
  • 338Views

Status ini adalah dari FB Tn Hannan Shawalludin berkenaan dengan pendapatan suami isteri.

Untuk bacaan santai suami isteri di hari minggu. Suami isteri sahaja. Kalau bujang, baca status saya yang lain. Haha.
.
.
Kalau kau suami, tanggungjawab makan minum, pakaian, sewa rumah, bil elektrik dan air dan segala keperluan hidup memang bawah kau sebenarnya.
.

Tapi, tak bermakna kalau isteri kau nak share bayar keperluan rumah setiap bulan kau kena cakap tidak. Tak hilang pun kelelakian kau kalau isteri kau nak kurangkan beban belanja kau.
.

Dunia dah berubah. Isteri yang dahulunya hanya jadi ‘orang rumah’, sekarang dah berkerjaya, bahkan ada yang gajinya lagi besar dari suami.

.
Bab duit ni, nampak macam duit isteri duit isteri, duit suami duit isteri (the most popular quote. Haha), tapi, beruntunglah kalau ada isteri yang jenis tak berkira. Bukan kau kena amik kesempatan, tapi guna kecerdasan kau sebagai seorang lelaki untuk menguruskan gaji korang berdua untuk manfaat yang lebih besar.
.

Kau kerja, isteri kau kerja. Isteri kau ceria, kau merana?

.
Tak perlu macam tu. Patutnya tak kira siapa punya gaji lagi besar, patutnya dua-dua kena bahgia dengan rezki yang Allah bagi.

Kan?

.
Ada banyak lagi benda saya nak membawang pasal duit gaji suami isteri ni. Nanti la sambung, anak dah simbah saya dengan air ajak mandi kolam. 😂
.

Hannan Shawalludin
INFAQ Consultancy
0195775905

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan #duitdananakmuda#pasanganpengantin #graduan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah. Akhirnya cadangan saya untuk mansuhkan TOL sudah diterima‬. Sayang…