Dulu Medical Card, Sekarang Hibah Takaful

hibah takaful

1. Akhir-akhir ini ramai ejen takaful mempromosi “hibah takaful”. Ejen yang sama, 3-4 tahun lepas mempromosi medical card.

2. Ia perkembangan yg bagus, berbanding mempromosi takaful “medical card 3 dalam 1” yg mempromosi medical card takaful sebagai instrumen pelaburan dan persaraan. 10 kali lebih baik.

3. “Hibah takaful” bukan produk tapi ialah konsep bagaimana pampasan takaful diagihkan selepas berlaku kematian.

4. Hibah ialah satu proses pengagihan harta ketika hidup, cuma dalam konteks “hibah takaful”, pengesahan hibah dibuat selepas kematian.

 

HIBAH TAKAFUL DAN PUSAKA

5. Semua syarikat takaful ada instrumen “hibah takaful”, selepas IFSA (Islamic Financial Services Act) diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menggantikan Akta Takaful. Ya, semua syarikat takaful ada instumen ini.

6. Saya ada baca segelintir ejen mempromosi “hibah takaful” sebagai penyelesaian urusan pusaka. Ia agak kurang tepat kerana hibah takaful hanyalah pembantu urusan pusaka. Ejen perlu telus menceritakan kpd pemegang polisi. Silap gaya boleh misleading.

7. “Hibah takaful” lebih rapuh berbanding hibah harta seperti hibah hartanah atau hibah wang simpanan kerana “hibah takaful” hanya boleh dilaksanakan jika sekiranya polisi takaful masih aktif ketika berlaku kematian. Ada kebarangkalian polisi “lapse” sebelum berlaku kematian.

8. Kelebihan pewarisan harta melalui takaful (sama ada melalui hibah atau tidak) ialah ia lebih cair berbanding pewarisan hartanah, akaun bank, saham dan harta-harta lain.

9. Sebenarnya, tanpa “hibah takaful” pun, pampasan takaful apabila berlaku kematian pun membantu pengurusan harta pusaka kerana ia “virtual” aset yang mudah cair berbanding aset hartanah. Dan kelebihannya lain ialah ia mempunyai penama secara automatik, tidak seperti aset lain yang boleh wujud tanpa penama.

10. Kenapa saya katakan sebagai “virtual” aset?, kerana harta yang wujud melalui langganan polisi takaful ialah harta yang tidak nampak dengan mata kasar, dan tidak wujud dalam penyata akaun pada ruangan aset. Tapi ia akan wujud secara realiti sebaik sahaja berlaku kematian!

 

TEAM PUSAKA INFAQ CONSULTANCY

Atas dasar ini, saya mengambil inisiatif untuk menceburi bidang urus pusaka dengan lebih serius.

Kini saya menceburi bidang ini dengan My Pusaka, dengan penuh pengharapan ia menjadi platform saya untuk belajar dan berkongsi tentang ilmu pusaka.

InsyaAllah, sesi penerangan bisnes ini akan dijalankan dalam masa terdekat;

14 Ogos 2020 Jumaat
8:30 malam
ZOOM

Detail di sini

Program ini disasarkan kepada ejen-ejen takaful dan unit trust bagi mendalami bidang ini.

NOTA; “Hibah takaful” tiada kaitan dgn hibah bulan-bulan emas Tok Penyangak atau skim Kopi Pak Belalang. Hoho!

 

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

KONGSIKAN kepada rakan-rakan supaya lebih ramai mendapat manfaat.

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi