fbpx

Eastpring Dana Al Ilham

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 526Words
  • 412Views

“Waktu terbaik untuk menanam pokok ialah 10 tahun yang lalu, dan waktu kedua terbaik ialah sekarang” – papatah Cina.

“Waktu terbaik untuk melabur di Eastpring Dana Al-Ilham ialah 14 tahun yang lalu ketika ia dilancarkan, dan waktu yang kedua terbaik ialah sekarang” – Afyan.

 

Fund Fact Sheet Eastpring Dana Al Ilham
Fund Fact Sheet Eastpring Dana Al Ilham

14 tahun lalu, Eastpring Dana Al-Ilham dilancarkan oleh Eastpring Investment, berkembang pesat sebanyak 385.42% sehingga tarikh 31 Mei 2016.

 

2
Carta rating Dana-dana Eastpring oleh Lipper Leaders.

Berdasarakn Lipper, ia mempunyai ranking yang tinggi bagi ketiga-tiga kriteria yg ditetapkan oleh Lipper, iaitu;

Total Return: 5/5 (Leader)
Consitent Return: 5/5 (Leader)
Preservation: 4/5

Panduan membaca Lipper Table, ada saya kongsikan dahulu di https://afyan.com/panduan-pelaburan-saham-amanah-menggunakan…

385.42% dalam masa 14 tahun, adalah jumlah yang bagus bagi pelaburan jenis saham amanah sebegini.

Jika anda melabur RM100,000 pada 14 tahun lalu di dalam dana ini, hari ini ia bernilai kira-kira RM480,542.

Dana ini juga antara dana yang “preserve” berdasarkan Lipper Leader. Preserver bermaksud ia mempunya “daya tahan” apabila berhadapan dengan suasana ekonomi yang lembap.

 

Performance Eastpring Dana Al Ilham berdasarkan my.morningstar, berada pada kedudukan pertama bagi kategori Equity Islamic (Syariah) Large Cap.
Performance Eastpring Dana Al Ilham berdasarkan my.morningstar, berada pada kedudukan pertama bagi kategori Equity Islamic (Syariah) Large Cap.

Berdasarkan my.morningstar, ia merupakan dana yang memberi pulangan paling tinggi dalam kategori Syariah Equity untuk tempoh 10 tahun, iaitu 13.01% pulangan kompoun purata tahunan atau Compound Average Growth Return (CAGR), mengatasi dana-dana popular lain.

 

4
Info dana ini dari Bloomberg

Cara kiraan CAGR ialah melalui kiraan kompoun, bukan kira “total return” bahagi dengan jumlah tahun seperti ejen biasa-biasa kira.

Jika dana ini dikira begitu akan dapat pulangan yang lebih tinggi, iaitu 27% dan cara kiraan itu adalah salah sama sekali sebagai perbandingan untuk mengira pulangan.

Cara kira yang silap = 385.42% bahagi 14 tahun = 27.53% (SALAH)

Jika saya guna cara kiraan ini utk promote dana ini, tentu ramai yang akan invest sebab ia menampakkan seolah-olah pulangannya ialah 27.53% setahun dan ia adalah salah 🙂

Pelaburan jenis ini (saham amanah) merupakan pelaburan janga masa panjang. Brand dana ini tidak popular tapi ia memberi pulangan yang bagus malah tertinggi berdasaran my.morningstar jika dibandingkan dengan dana-dana popular lain dalam masa 10 tahun.

Ia diuruskan oleh profesional fund manager yang menguruskan wang pelaburan pelabur, mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk melabur di kaunter-kaunter saham patuh syariah.

Pelaburan ini ada naik turun, jadi tiada jaminan ia akan untung sentiasa. https://afyan.com/past-performance-not-indicate-future-resul…

Namun, kelebihan dana ialah mempunyai rating PRESERVATION yang tinggi, berdasarkan Lipper Leader. Jadi apabila saat ekonomi merudum, kejatuhan dana ini tidak ketara sangat.

Rujuk artikel ini tentnag “preservation” https://afyan.com/tip-pelaburan-saham-amanah-preservation.ht…

Pelaburan ini juga adalah pelaburan yg sangat liquid, jadi ia mudah utk dikeluarkan pada saat-saat kecemasan. Tapi jika memang wang yang anda ingin laburkan mahu digunakan di bawah 3 tahun, pelaburan jenis ini adalah tidak sesuai. Ia lebih sesuai dilakukan di Tabung Haji atau ASB yang memang capital guranteed.

Pelaburan ini boleh dilakukan menggunakan tunai atau KWSP.

Berminat dengan pelaburan ini? Boleh PM.

Nota: Saya bukan ejen Eastpring Investment, tapi saya boleh bantu pelabur utk melabur dalam dana ini dan ada dana-dana patuh syariah dari 27 syarikat investment yg ada di Malaysia.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
    Isu Medical Card Rider atau Stand Alone Isu…