fbpx

Emas Perhiasan Bukan Barang Ribawi

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 401Words
  • 685Views

Terima kasih kepada Ustaz Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah yg memperingatkan saya tentang Parameter Pelaburan Emas yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak tahun 2011 lagi.

Dalam parameter tersebut, MFK berpandangan bahawa barang kemas atau emas perhiasan tidak dianggap sebagai barang ribawi, jadi ia berbeza dengan urusniaga emas yang bukan barang kemas seperti gold bar.

Dalam masa sama, jumhur ulama dunia masih lagi berpendapat bahawa sifat dan illah emas perhiasan atau barang kemas masih sama sahaja dengan emas yang bukan perhiasan.

Ya, MFK mengeluarkan ijtihad yang bertentangan dengan pendapat ulama majoriti seluruh dunia.

Ada pun panduan dan parameter yang dikeluarkan oleh MFK ini bukan sekadar pendapat seorang dua ustaz pendakwah bebas bercakap dalam kuliah maghrib memberi hukum tentang isu forex atau ASB.

Ia dikeluarkan dengan disiplin ilmu yang ketat, melalui kertas kerja dan perbahasan sekumpulan ilmuan Islam dalam bidang muamalat untuk diperdebatkan sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Selaku orang awam, saya bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini sekalipun ia berbeza dengan pandangan peribadi sebagaimana yang saya tulis dalam status ini.

Boleh baca Parameter Pelaburan Emas oleh JAKIM di di sini

Sebagai tanda hormat saya kepada institusi fatwa, saya bertanggungjawab utk berikan penjelasan ini memandangkan tulisan yang screnshoot ini sudah tersebar, jadi saya perlu berikan penjelasan biarpun status ini tidak bersalahan pun dengan jumhur ulama.

Namun dalam hal ini, memandangkan ada panduan daripada autoriti agama, harus untuk kita mengikut pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan ini. Mereka menggunakan segala ilmu dan pengetahuan mereka untuk mengeluarkan ijtihad ini.

Namun, sekiranya kita mengambil pendekatan untuk keluar daripada khilaf, ia adalah terbaik dan dapat pahala sunat. Malah, seandainya alim ulama ini “tersalah” dalam mengeluarkan ijtihad , Allah masih berikan mereka satu pahala.

Itulah keindahan Islam, rigid pada prinsip dan dasar tetapi fleksibel pada perkara cabang dan furu’. Riba hukumnya haram pada prinsip – tiada sebarang khilaf. Tapi bagaimana sesuatu urusniaga itu menjadi riba, mungkin ada perbezaan dan khilaf.

Selaku orang awam, ikut sahajalah apa yang telah diputuskan oleh para alim ulama ini. Sama macam isu ASB, forex dan sebagainya.

Jika ada khilaf, datangkanlah hujah dan bentangkan kertas kerja kepada autoriti. Bukan khilaf sebab masyuuuuk dan pilih pendapat sebab ada kepentingan.

Terima kasih buat rakan-rakan yang kongsi dan like status tadi. Mohon untuk rakan-rakan kongsi dan like juga status ini supaya maklumat tambahan ini tersebar juga.

Nak beli emas? Klik WhatsApp

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram Channel utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kenapa saya lebih rekomen SSPN-I Plus berbanding Takaful Pendidikan -…