fbpx

FA Hisham Auto Glass, Taman Samudera

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 195Words
  • 393Views

Kalau ada sesiapa sekitar Lambah Klang terutama Gombak, Selayang dan Batu Caves nak tukar windscreen, saya berani rekomen bengkel ini, FA Hisham Auto Glass.

Selepas saya survey beberapa kedai, ternyata harga di sini sangat berbaloi.

Terletak tak jauh dari Giant Batu Caves, satu bangunan dengan pejabat PASTI, Tmn Samudera.

Boleh hubungi nombor tertera pada signboard bengkel ini. Itu gambar pemilik bengkel ini, En. Hisham yang sudah beroperasi 3 tahun.

Daripada beliau juga, saya tahu bengkel-bengkel Muslim lain sekitar sini.

Katanya juga, rangkaian bengkel ini juga ada di beberapa tempat lain, antaranya di Shah Alam sebagai HQ. Tempat lain lupa pula saya.

Perkhidmatannya tip top. Dalam masa kurang 3 jam, sudah siap. Sebaiknya buat temujanji awal.

Untuk claim takaful atau insurans pun boleh diuruskan oleh beliau.

Saya tahu kedai ini pun selepas saya bertanya dalam group penduduk sekitar.

Sebelum ada orang tanya soalan di bawah, saya jawab siap-siap;

“Eh, Encik Afyan ejen takaful pun tak ambil takaful coverage windscreen ke?”

“Tak ambil. Kalau saya tahu windscreen kereta saya nak pecah tahun ini, saya akan tambah additional coverage windscreen kereta saya ni”

Windscreen yang tak boleh claim takaful ialah windscreen yang tersakiti.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended