fbpx

Fahami Polisi Takaful & Keperluan Anda

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 462Words
  • 384Views

Dipetik dari FB Asyraf Naim

FAHAMI POLISI TAKAFUL & KEPERLUAN ANDA.

Semalam sembang dengan kawan satu universiti melalui aplikasi zoom mengenai polisi takaful dia. Dia sudah ambil polisi dengan syarikat terkemuka dari luar negara yang ada cawangan di Malaysia sejak tahun 2018 (ketika berumur 25 tahun) dengan sumbangan sebanyak RM300 sebulan. Dia merupakan jurutera di sebuah syarikat berkaitan kerajaan, GLC.

Apabila sama-sama menyemak polisi takaful dia, saya dapati kad perubatan dia sangat bagus, tetapi untuk pampasan kematian/lumpuh serta penyakit kritikal (jarang orang ambil) tidak seiringan dengan pendapatan dia. Jumlah pampasan untuk kematian/lumpuh/sakit kritikal hanya setahun gaji dia.

Saya jelaskan kepada dia sepatutnya paling sesuai ialah 10 tahun gaji. Dia tanya kenapa perlu 10 tahun gaji. Untuk memudahkan pemahaman, saya buka powerpoint slide untuk memudahkan penerangan.

Saya terangkan jika ditakdirkan dia mati/lumpuh/sakit kritikal, akan berlaku malapetaka kewangan kerana tidak ada lagi sumber pendapatan, mungkin syarikatnya boleh bayar gaji maksimum hanya untuk beberapa bulan jika dia lumpuh/cuti sakit/masuk hopital lama. Perbelanjaan diri (jika masih hidup) dan keluarga tetap sama, liabiliti tetap sama, sekurang – kurangnya perlu ada 5 tahun gaji. 10 tahun lagilah bagus. Konsep ini diistilahkan sebagai perlindungan pendapatan @ Income protection, salah satu fungsi takaful.

Saya juga jelaskan kepada dia bahawa untuk kad perubatan, alternatif seperti kad perubatan syarikatnya masih ada, dan ada alternatif untuk semua rakyat Malaysia iaitu hospital kerajaan. Jadinya, keperluan perlindungan pendapatan lebih penting berbanding kad perubatan untuk situasi dia. Saya jelaskan kad perubatan syarikatnya cover termasuk kes outpatient (pesakit luar, tak masuk wad), sesuatu yang tiada pada kad perubatan tambahan diambilnya, perlu masuk wad dulu (inpatiet – pesakit dalam) baru cover.

Saya cerita mengenai isteri saya kerja PNB, kad perubatan syarikat tanpa had untuk outpatient dan inpatient. Itu antara faktor, isteri saya tak ambil kad perubatan tambahan, hanya langgan polisi takaful untuk pampasan kematian/lumpuh/sakit kritikal seiringan dengan konsep perlindungan pendapatan 10 tahun gaji.

Dia juga pelik kenapa sumbangan takafulnya agak tinggi iaitu RM300, adakah sebab dia isytiharkan dia merokok. Apabila disemak, agak mengejutkan kerana dalam polisi, dia diisytiharkan tidak merokok, berkemungkinan besar ejen tersilap isi semasa membuka polisi.

Saya jelaskan kemungkinan harga kad perubatan dia yang mahal kerana limit tahunan yang tinggi. Saya juga perasan tempoh matang takafulnya juga telah dikurangkan daripada umur 100 tahun kepada 67 tahun kerana pulangan tabung pelaburan tidak memuaskan, perkara ini juga dia tidak tahu menahu.

Akhir kata, saya nasihati dia supaya segera berhubung dengan ejen takaful dia untuk isytiharkan dia sebagai perokok kerana khuatir akan berlaku penolakan ketika nak buat tuntutan nanti. Kemungkinan besar dia kena lalui proses underaitan semula oleh pihak takaful. Saya juga nasihati dia supaya semak semula polisi takaful dia terutamanya coverage untuk perlindungan pendapatan.

Sekian.
……..
Sesiapa yang ingin bertanyakan atau berbincang mengenai mengenai Takaful, boleh pm. https://wa.link/sedyi6
……..
Asyraf Naim
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Sulhi Ahmat Radi Alhamdulillah, yang join…