fbpx

FAQ Takaful (4) : Bila dan berapa untuk takaful?

  • 13 years ago
  • 1Minute
  • 191Words
  • 359Views

Soalan daripada Tuan Amin Ledang melalui FB www.facebook.com/RahsiaTakaful:

“ada seseorang berkata bahawa simpanan adalah asas sebelum buat pelaburan dan takaful. jadi bila masa sesuai untuk mulakan takaful?

ada syor berapa peratus dari pendapatan yang wajar ditakafulkan?”

 

Jawapan:

Ya, betul. Pengalaman saya, jika seseorang itu mempunyai masalah pada peringkat “SIMPANAN”, dia akan bermasalah apabila melanggan takaful kerana apabila menghadapi masalah kewangan, perbelanjaan yang akan dikurangkan adalah perbelanjaan untuk takaful, kerana dia tiada simpanan.

 

Masa yang sesuai untuk melanggan takaful adalah sebaik sahaja mendapat gaji yang pertama, serentak dengan membuat simpanan.

 

Untuk simpanan, digalakkan minima 10% daripada jumlah pendapatan, manakala untuk takaful, maksima adalah 10% daripada jumlah pendapatan.

 

Lagi soalan susulan daripada beliau:

jadi maknanya simpanan dan takaful kena dianggap belanjalah juga. oh buat serentak boleh ya???

 

Jawapan:

Ya, benar. Dibuat serentak maksudnya, kedua-duanya dilakukan serentak. Ia bukan bermaksud kedua-duanya daripada satu akaun, iaitu dengan menganggap apabila sudah mengambil polisi takaful, ia sudah cukup sebagai simpanan juga. Simpanan satu akaun, takaful satu polisi.

 

 

Kami sedang mengumpulkan FAQ tentang takaful. Apa yang bermain-main di fikiran Tuan-Puan apabila terbayangkan “takaful”? Jika ada, boleh ajukan kepada kami.


 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan daripada Tuan Dr Ahmad Amin Mohamad di FB https://www.facebook.com/RahsiaTakaful…