fbpx

Faraid / Pusaka Islam

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 472Words
  • 513Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

FARAID/ PUSAKA ISLAM

PENEGAHAN PUSAKA:_

Penegahan kepada ahli waris daripada mewarisi harta si mati dan mereka tidak layak menerima harta pusaka sama sekali. Keadaan mereka ketika itu walaupun bernyawa tetapi mereka dianggap sebagai tidak wujud.

Seseorang itu tertegah daripada menerima harta pusaka oleh sebab tiga perkara:-

(1) PEMBUNUHAN
(2) BERLAINAN AGAMA atau MURTAD
(3) HAMBA SAHAYA

Mari kita lihat satu persatu secara detail:-
.
.
(1) PEMBUNUHAN
.
Contoh :- anak lelaki membunuh ayahnya

Pembunuh tidak dapat mempengaruhi bahagian dan tidak juga boleh menghalang ahli waris yang lain. Dia dianggap tidak wujud di sisi syarak
.
Munurut Mazhab Syafie, segala jenis pembunuhan akan menghalang ahli waris daripada menerima harta pusaka seperti:
.
a) Pembunuhan dengan niat
b) Pembunuhan hampir sengaja
c) Pembunuhan tanpa niat atau tidak sengaja
d) Pembunuhan yang dilakukan oleh kanak-kanank belum baligh
e) Pembunuhan dilakukan dengan hak
f) Seorang hakim menjatuhkan hukuman mati terhadapat anaknya kerana kesalahan membunuh
g) Anak menjadi saksi atau memberikan sokongan kepada saksi yang menyebabkan hukuman mati dijatuhkan kepada bapanya
h) Isteri waris dipaksa atau diugut supaya membunuh
i) Suami mengupah atau menyuruh orang lain untuk membunuh isterinya
.
Pembunuh tidak dapat mewarisi harta pusaka namun harta pusakanya (pembunuh) boleh diwarisi jika dia meninggal dunia
.
.
(2) BERLAINAN AGAMA atau MURTAD
.
Perbezaan agama antara ahli waris dan si mati. Kedua-duanya tidak mewarisi antara satu sama lain.
.
Contoh:-
a) anak orang muslim tidak mewarisi harta pusaka ayahnya yang kafir
b) Seorang ibu kafir tidak mewarisi harta pusaka anakmya yang muslim
.
Orang Murtad juga termasuk dalam golongan orang kafir.
Masa keislaman dan kekufuran seseorang itu ditentukan ketika simati meninggal dunia
.
Contohnya :
Abang Thomas masih hidup , Thomas masih beragama Islam. setelah abangnya meninggal dunia , John murtad (Na’uzubillah).
.
Walaupun murtad , namun Thomas tetap memperolehi harta pusaka abangnya kerana semasa/ketika waktu abangnya mati, Thomas masih Islam.
.
.
(3) HAMBA SAHAYA

Hamba ialah seseorang yang mempunyai kelemahan hukmi kerana kekufuran. Seseorang hamba tidak layak mewarisi harta puskaa dan dia juga tidak diwarisi.

Semua bentuk perhambaan tidak berhak mewarisi dan diwarisi iaitu:-
a) Qinn- Hamba dimiliki sepenuhnya oleh tuannya secara mutlak
b) Mudabbar – hamba yang akan bebas setelah tuan meninggal
c) Mukatib – hamba yang akan dibebaskan setelah dapat membayar sejumlah wang kepada tuannya
d) Muba’adah- hamba yang dimilik separuh oleh seseorang dan separuh lagi oleh orang lain
e) Ummu Al-Walad Hamba Perempuan yang bersama dengan taunnya kemudian memperolehi anak. Hamba tersebut tidak boleh dijual atau dihibahkan. JIka tuan itu mati, hamba tersebut menjadi bebas.
.
Tujuan Syara’ menghalang kerana dia berada dibawah kekuasaan tuannya dan hilang keahlian untuk memiliki harta. Segala harta yang akan dimilikinya akan menjadi hak tuannya.
.
.
untuk mengetahui dan mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke channel telegram saya di https://t.me/AhmadMustapha01

Ahmad Mustapha
#INFAQConsultancy
“Plan your wealth, Change your life”
019-2060180

#IsuPusaka
#IsuPenegahanPusaka
#TigaGolonganDitegahMenerimaPusaka
#PenyelesaianSelewangPenamaIndividu
#WarisAsalFaraidDitengahDaripadaTerimaPusaka
#AmbilCaknaBerkenaanPusaka
#RancangKewanganAnda
Afyan Mat Rawi # INFAQ Consultancy

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tidak dapat dinafikan, dalam kempen sokong produk Muslim, ada segelintir…