fbpx

Fatwa Hibah Negeri Selangor: Hibah Takaful Perlukan Ijab dan Kabul?

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 531Words
  • 693Views

FATWA HIBAH NEGERI SELANGOR

Tahukah anda, dalam fatwa terbaru oleh Jabatan Mufti Selangor, menetapkan bahawa hibah takaful perlu ada ijab dan kabul untuk jadikan ia sempurna.

Ini petikan dari fatwa tersebut:

“10. Hibah ke atas manfaat takaful adalah sah sekiranya ijab dan qabul telah disempurnakan. Penerima adalah benefisiari dan tidak tertakluk kepada hukum faraid.”

Situasi sekarang, hibah dalam polisi takaful hanya ada ijab tanpa kabul. Kabul hanya berlaku selepas berlaku kematian pemilik polisi.

Jadi, JIKA ada ahli waris yang tak puas hati, tidak mustahil akan berlaku pertikaian dan dibawa ke mahkamah syariah.

Berikut adalah salinan penuh fatwa tersebut.

Sumber: MuftiSelangor.gov.my

  1. Hibah adalah pemberian harta secara sukarela yang berkuat kuasa semasa hidup.
  2. Hibah yang menetapkan tarikh kuat kuasa selepas kematian penghibah adalah tidak sah. Hibah tersebut dianggap sebagai wasiat dan kepada hukum wasiat.
  3. Hibah yang menetapkan syarat penghibah masih boleh menikmati harta yang dihibahkan (mawhub), adalah sah sekiranya penerima hibah bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan:
  4. Hibah yang menetapkan syarat tempoh harta yang dihibahkan (mawhub) akan dikembalikan semula kepada penghibah adalah tidak sah. Hibah tersebut dianggap sebagai pinjaman (‘ariyah) dan tertakluk kepada akad pinjaman (‘ariyah).
  5. Hibah yang menetapkan syarat bahawa terimaan (qabd) ke atas harta yang dihibahkan (mawhub) berlaku selepas kematian penghibah boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh penghibah.
  6. Hibah yang telah berlaku terimaannya (qabd) tidak boleh ditarik balik kecuali hibah daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucu tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    (a) Anak atau cucu itu hendaklah mempunyai kelayakan (ahliyyah) mengikut Hukum Syarak untuk menguruskan hartanya (tasarruf) seperti tidak gila atau tidak muflis;
    (b) Harta yang dihibahkan (mawhub) hendaklah masih berada dalam pemilikan anak atau cucu tersebut;
    (c) Hibah tersebut bukan hibah yang mensyaratkan balasan; dan
    (d) Tidak berlaku kerosakan harta yang dihibahkan (mawhub), Jika kerosakan itu bertaku pada sebahagian daripada fizikal harta yang dihibahkan (mawhub), penarikan balik hibah terhadap bahagian lain yang tidak rosak dibenarkan.
  7. Penarikan balik hibah hendaklah dibuat semasa penghibah dan penerima hibah masih hidup. Hak untuk penarikan balik hibah tidak boleh dipindahkan kepada waris penghibah kerana waris penghibah bukan pihak-pihak dalam akad hibah.
  8. Hibah antara pemegang akaun bersama adalah sah sekiranya wujud ijab dan qabul dan penguasaan penuh penerima hibah ke atas harta yang dihibahkan (mawhub).
  9. Hibah harta dalam gadaian adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan (mawhub) dilindungi oleh takaful seperti MRTT dan MLTT atau mendapat keizinan daripada pemegang gadaian.
  10. .Hibah ke atas manfaat takaful adalah sah sekiranya ijab dan qabul telah disempurnakan. Penerima adalah benefisiari dan tidak tertakluk kepada hukum faraid.
  11. Hibah tanah yang tertakluk di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 adalah sah dengan syarat memenuhi rukun-rukun hibah serta mendapat keizinan daripada Pihak Berkuasa Negeri.
  12. Hibah melalui pemegang amanah adalah sah kepada mana-mana penerima hibah termasuklah kanak-kanak di bawah umur, orang yang tidak sempurna akal dan orang kurang upaya dengan syarat rukun-rukun hibah dipenuhi.
  13. Hibah wang simpanan atau unit amanah adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan (mawhub) ditentukan kadarnya.
  14. Sesuatu hibah bolehlah didokumentasikan supaya mempunyai sighah yang jelas antara penghibah dan penerima hibah ke atas harta yang dihibahkan (mawhub) serta memenuhi rukun-rukun hibah.

Sila lihat rujukan dokumen di bawah

Bertarikh 12 Januari 2021
Dated 12 January 2021

[MAIS/SU/BUU/01-2/002/2018-3(2); P.U. Sel. (ADV)PS.05/4/12]

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Harga Bitcoin & Kripto sedang jatuh. Masa untuk cut loss…