fbpx

Fatwa Mana Yang Kata Forex Harus?

  • 3 years ago
  • 5Minutes
  • 810Words
  • 1860Views

Forex Haram Majlis Fatwa Kebangsaan « Realtime trading signals

FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri (2010),
“Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1.

Keputusan:
Hukumnya haram kerana spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis ekonomi.

2. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011)
“al-Hukm al-Syar’i li al-Tijarah al-‘Umlat Bi Nizam al-Hamisy”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1a.

Keputusan:
Kajian ini memberi fokus kepada kaedah margin dan laverage yang digunakan dalam FOREX trading online. Kajian ini menganggap semua transaksi berasaskan marjin dan leverage adalah haram kerana terdapat unsur qard yang menghasilkan keuntungan kepada platform dan ini adalah riba. Selain itu tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi seperti yang disyaratkan dalam akad sarf.

3. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011)
“Dawabit al-Syar’iyyah li al-Tijarah al-Iliktruniyyah fi al-Umlat al-Dawliyah”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1b.

Keputusan:
Kajian ini memberi fokus kepada parameter urus niaga forex global secara elektronik. Berasaskan parameter yang diberikan, forex secara dalam talian gagal mematuhi parameter dan garis panduan Syariah kerana berunsur spekulasi sepenuhnya, tidak memenuhi syarat qabd walaupun secara hukmi.

4. Rafik Fakhry Omar Eleri Jones , (2015),
“Critical evaluation of the compliance of online Islamic FOREX trading with Islamic principles”, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 8 Iss 1 pp. 64 – 84

Keputusan:
Kajian ini menilai semua urus niaga FOREX Online yang didakwa Islamic Trading. Penilaian dilakukan mendapati semua yang mendakwa islamic trading itu cuma menukar istilah, tanpa menukar apa-apa kontrak dan urus niaga masih tidak mematuhi kehendak Syariah terutama dalam bab sarf. Bahkan ia lebih jelas kepada bentuk perjudian kerana tahap gharar dan spekulasi yang tinggi

5. DR. MARJAN MUHAMMAD et.al (2011)
Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah. RESEARCH PAPER (No: 24/2011), Kuala Lumpur: ISRA.

Keputusan:
Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard, leverage, riba al-nasi’ah, rollover interest, qabd, menjual mata wang yan tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi individual spot forex secara online tidak menepati tuntutan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli mata wang

6. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

7. Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN)
No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf)

Keputusan:
Fatwa hanya mengharuskan jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini.

8. Fatwa Negeri Perak Tentang Forex

Keputusan:
Jabatan Mufti Negeri Perak memutuskan FOREX adalah harus jika tidak bertujuan untuk spekulasi. Oleh kerana FOREX ONLINE adalah 100% berbentuk spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan yang disyaratkan itu. Bagi yang menggunakan fatwa perak mengatakan harus, baca baik-baik fatwa dan bandingkan dengan apa yang trader lakukan.

9. Majma’ Fiqh Islami Sedunia Tentang Trade With Margin tahun 2006.

Keputusan:
Perniagaan dengan margin dan leverage jika melibatkan FOREX, adalah haram dan berunsur riba.

10. Dr Bisyr Muwaffaq Lutfi (2009),
al-Tadawul al-Ilikruniki Lil al-‘Umlat. Amman: Dar Al-Nafa’is. Buku ini merupakan tesis master beliau berkenaan forex Online. Versi khas ebook boleh dimuatkan turun di web portal beliau iaitu Iefpedia Pedia.

Hasil kajian beliau, didapati forex Online mengandungi unsur haram sama seperti yang disebutkan dalam kajian ISRA (Nombor 5 di atas) kerana faktor trade with margin, roll over, leverage, qabd yang dipertikaikan, dan spekulasi tulen. Buku ini turut memuatkan keburukan dagangan spekulasi mata wang dalam perspektif ekonomi Islam. Bahkan dalam edisi elektronik dimuatkan tambahan berkenaan dengan forex Islamic. Pada kajian beliau forex Islamic pun tidak terlepas daripada unsur haram juga.

11. Fatwa Negeri Perlis
Fatwa tahun 2016 menjelaskan haramnya forex online kerana unsur riba, gharar dan perjudian. Unsur leverage yang ada walaupun tiada caj tapi mensyaratkan pembelian wang dengan platform boleh membawa kepada riba.

12. Fatwa Darul Ifta Mesir tahun 2011
Haram kerana penggunaan margin, leverage dan lain-lain sama seperti fatwa lain. (Baca di sini )

KESIMPULAN?

SEMUA kajian dan fatwa yang berasaskan kajian terperinci menganggap FOREX TRADING ONLINE adalah haram.

Bandingkanlah kajian dan fatwa yang pelbagai ini dengan pendapat hanya seorang ustaz kuliah itu yang bercakap tanpa kajian, tanpa ilmu dalam bidang ekonomi dan muamalat. Buat perbandingan dengan hati yang terbuka.

Baca dan sebarkan! Semoga kita dan keluarga terselamat daripada dosa riba dan judi.

Disediakan oleh:
Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah
JSP – Jabatan Syariah dan Pengurusan,
Academy of Islamic Studies
University of Malaya

#forex #jauhiforex #islamicforex

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mana yang kata Fatwa Perak mengharuskan forex trading online? Cuba…