fbpx

Gabungan Waze dan Google Map: Kelebihan dan kekuatan bersama

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 511Words
  • 327Views

Tak boleh ke kalau kedua-dua aplikasi Waze dan Google Map digabungkan?

Google Map ada kelebihan tersendiri yang tak ada pada Waze.

Manakala begitu juga Waze, ada kelebihan tersendiri yang tiada pada Google Map.

Antara kelebihan Google Map yang tak ada dalam Waze,

  • Selalunya ETA Google Map lebih accurate berbanding Waze
  • Akan berikan alternatif seiring dengan jalan yang ia rekomen secara serentak berbanding Waze yang perlu diminta baru diberi.

Saya selalu guna Google Map untuk long journey memandangkan ETA yang diberikan lebih tepat.

Contohnya kalau balik ketika cuti kemuncak, kadang beza ETA sejam lebih di Google Map berbanding Waze, dan banyak kali Google Map lebih tepat.

Namun ada beberapa kelebihan Waze berbanding Google Map

  • Lebih ringkas berbanding Google Map. Tapi orang kata macam kartun.
  • Ada makluman polis trafik, ia tiada pada Google Map
  • Ada makluman juga kamera perangkap halaju, yang tiada pada Google Map
  • Ada juga makluman kejadian-kejadian kemalangan.
  • Ada fungsi chatting. Boleh menghilangkan boring ketika jammed sambil menghiburkan hati sesama pengguna Waze.

Rujuk gambar di bawah

Tapi ada satu kekurangan yang saya tak suka tentang Waze, cepat sangat reroute ketika traffic jammed. Jika Google Map, ia hanya tunjukkan alternatif kemudian terpulang kepada pengguna untuk pilih yang mana.

Satu lagi, banyak kali juga Waze tunjuk jalan yang tak senonoh. Pernah sekali tu konon nak lari dari trafik jam balik raya, entah ceruk mana dia bawa 🤣🤣🤣

Kalau Google Map pula, satu je benda yang saya serabut, peta dia terlalu complicated. Sesuai untuk orang-orang yang sukakan geografi 😌

Saya selalunya menggunakan Waze untuk perjalanan jarak dekat seperti ke pejabat, ke sekolah anak, appointment dan sebagainya.

Kadang anak tanya “Ayah nak balik rumah pun tengok Waze ke?”.

Kamu nanyak? Kamu tertanya-tanyak?

Bukan sebab tak tahu jalan nak ooi, tapi sebab nak tengok jammed dan polis trafik 🤣 Kadang polis ni buat road blok di tempat yang kita tak jangka. Pernah sekali baru seminit keluar rumah, dah ada road blok betul-betul nak keluar taman perumahan. Terkejut bukan kepalang.

Sejujurnya, saya lebih lama pakai Waze berbanding Google Map. Tapi selepas satu postingan di Twitter yang mengatakan Google Map lebih tepat untuk long distance, saya buat ujikaji sendiri guna kedua-duanya serentak masa balik raya waktu puncak. Ternyata Google Map lebih tepat. Sejak itu saya banyak gunakan Google Map dan banyak kali juga gunakan kedua-duanya serentak.

Oh ya, dulu sebelum adanya Google Map dan Waze, saya pernah pakai Papago. Sekarang dah tak ada. Yang best tentang Papago ni, untuk peta KL, akan keluar gambar di banyak lokasi terutama di junction.

Jadi, dengan adanya gambar sebegitu, dapat mengelakkan kekeliruan terutama di jalan yang ada banyak junction yang kadang kita confuse jika hanya berpandukan peta.

Tapi sekarang gunakan Waze dan Google Map ini.

Kan bagus kalau kedua-duanya disatukan, memandangkan Waze pun sudah dimiki oleh Google.

Dalam banyak keadaan, saya membuka kedua-duanya serentak untuk mendapat impak maksima kelebihan kedua-dua fungsi apps ini.

Contoh macam yang saya screenshot, kiri Google Map dan kanan pakai Waze.

Tapi tadi kedua-duanya tak dapat detect laluan banjir. Kedua-duanya tunjukkan jalan yang memang kenderaan tak boleh nak lalu 🤣🤣🤣

Anda biasa guna yang mana?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kepada yang gunakan hujah "Filem Mentega Terbang ini wujud sejak…