fbpx

Gaji RM2,000 ke RM2,500, banyak atau sikit?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 274Words
  • 413Views

“Gaji RM2,000 ke RM2,500, banyak atau sikit?”.

Saya tanyakan soalan mudah ini kepada peserta program Active Training Series anjuran Jabatan Profesional Muda DPPM – JPro, siang tadi.

Pesertanya dari kalangan anak-anak muda, majoriti berusia baru beberapa tahun bekerja, bawah umur 30 tahun dan ramai juga dari kalangan mahasiswi universiti.

Pusingan pertama saya ajukan untuk mahasiswa, semua mereka menjawab “banyak”.

Soalan yang sama, saya ajukan kepada yang sudah bekerja, mereka menjawab “sikit”, “tak cukup” dan “cukup-cukup”. Tiada seorang pun jawab ia jumlah yang banyak.

Saya ajukan soalan lain kepada mereka.

“Gaji RM10,000 sebulan, banyak atau sikit?”

Semua menjawab “banyak”.

Kesimpulannya, kita akan rasa sesuatu jumlah itu banyak kerana kita tak pernah merasainya. Tapi apabila sudah merasainya, ia tidaklah banyak mana.

Seumpama mahasiswa tadi, meraka mempunyai tanggapan bahawa gaji RM2,000 ke RM2,500 adalah banyak, sebab meraka tak pernah mengecapi pendapatan sebanyak itu setiap bulan.

Mereka hanya menerima wang pinjaman PTPTN atau biasiswa JPA atau duit poket daripada ibu ayah yang jumlahnya tidaklah sebanyak itu.

Namun, bagi yang sudah menamatkan alam mahasiswa dan bekerja beberapa tahun serta mendapat pendapatan sebanyak itu, tidak merasakan wang gaji sebanyak itu mencukupi. Kata mereka, apabila tak cukup, terpaksa buat kerja tambahan untuk mendapat extra income.

Andaian meraka, jika dapat pendapatan RM10,000 sebulan sudah cukup banyak.

Saya katakan kepada mereka,

“Tuan-Puan rasa ia jumlah yang banyak, sebab Tuan-Puan tak pernah dapat pendapatan sebanyak itu”.

Saya harap mereka faham mesej yang saya sampaikan siang tadi.

Tuan-Puan para pembaca, faham tak?

Soalan saya kepada Tuan-Puan:

Berapa jumlah gaji sebulan utk dianggap sebagai banyak?

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join t.me/AfyanIFP utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada orang kata sakit bukan rezeki. Sakit tu musibah. Sakit…