fbpx

Gelas atau perigi

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 256Words
  • 306Views

Seorang pemuda berjumpa seorang tua di sebuah kampung, mengadukan masalahnya.

Pemuda itu mengadu masalah yang dihadapinya, kewangannya yang semakin sesak, kerjanya semakin menimbun, yang akhirnya hidupnya menjadi begitu sempit.

Macam-macam yang diadukan, dan lelaki tua itu hanya tersenyum.

Selepas habis pemuda itu menceritakan permasalahannya, lelaki tua itu membawanya ke dapur.

Lelaki tua itu mengambil segengam serbuk kopi dan segelas air.

“Nah, anak muda”, kata lelaki tua kepada anak muda itu sambil memasukkan serbuk kopi ke dalam gelas dan dibancuh.

“Minumlah”, kata lelaki tua.

Pemuda itu meminum air itu.

“Pahit sekali”, kata pemuda itu.

“Ayuh kita keluar pula”, kata lelaki tua dan pemuda yang terpinga-pinga itu hanya mengikut sahaja.

Lelaki itu membawa pemuda itu ke sebuah perigi lalu sekali lagi dia masukkan segenggam kopi ke dalam perigi itu.

Kemudian, lelaki tua itu mengambil timba dan menimba air dari perigi itu lalu sekali lagi dia menyuruh anak muda itu meminumnya.

“Apa rasanya kali ini?”, tanya lelaki tua itu.

“Segar sekali air perigi ini”, kata anak muda itu dengan ceria, sekalipun masih tertanya-tanya.

“Nah, begitulah hidup ini. Kopi itu ibarat masalahmu dan air adalah jiwamu. Jika jiwamu kecil seperti air di dalam gelas, datang sahaja masalah kepadamu kamu akan terasa pahitnya, lantas kamu merungut akan masalahmu.

“Namun jika jiwamu besar seperti air di dalam perigi, datanglah apa sahaja masalah kamu akan tetap segar sesegar air di perigi.

“Sekarang, kamu boleh pilih untuk menjadi gelas atau menjadi perigi”, lelaki tua itu menamatkan katanya lalu berlalu pergi meninggal pemuda itu yang sudah menemui jawapan bernas.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
3 tahun lalu saya mempromosi dana ini; Eastspring Dana Al…