fbpx

Guna Istilah Hibah Pada Tempatnya

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 209Words
  • 327Views

Posting ini sempena pengumuman hibah Tabung Haji 2017.

Hampir sama tapi tak serupa.

Pastikan kita menggunakan istilah yang betul.

HIBAH
Ia perkataan arab, bermaksud pemberian secara sukarela, hadiah.

HIBA
Bermaksud sedih, kecewa.

HABIBAH
Ini juga perkataan arab bermaksud orang (wanita) yang dikasihi. Juga dalam masyarakat kita ia biasa digunakan sebagai nama. HABIBAH utk wanita sebab ada “ta marbuthoh” di belakangnya, jika lelaki dipanggi HABIB contohnya nama HABIB.

HABIB
Perkataan asal bagi HABIBAH. Rujuk huraian pada tafsiran

HABIBI
Ada huruf “ya maqsurah” di akhir perkataan HABIB, bermaksud bermaksud “kekasihku”. Kadang-kadang juga ia juga dijadikan sebagai nama orang.

HABIB JEWELS
Sebuah brand kedai emas di Malaysia.

HABIH
Bahasa pasar bagi perkataan habis.

Contoh ayat;

“HABIB berasa sangat HIBA apabila tidak lagi menerima HIBAH bulan-bulan yang dijanjikan oleh Skim Arba apabila skim tersebut tersontot di pintu shorga sambil dipujuk oleh isterinya, HABIBAH.

Lalu isterinya berkata “Ya HABIBI Ya Maulana… Ana sudah bilang sama enta jangan masuk itu skim. Sekarang apa sudah jadilah. Kalau tidak, itu duit beli belikan ana barang kemas di HABIB JEWELS”.

HABIBAH turut merasa HIBA atas nasib yang menimpa suaminya, HABIB.

Maka mereka berhuhu bersama-sama sebab semua harta dah HABIH…

Sekian kelas bahasa untuk hari ini, dan selamat beramal!

Afyan Mat Rawi
Penyontot Bahasa

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, Bank Muamalat sudah ada produk pembiayaan ASB /…