fbpx

Hak Isteri Dalam Faraid Hanya 1/8 Sahaja

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 160Words
  • 448Views

Dipetik dari FB Noraini Othman berkenaan hak isteri dalam faraid.

Hak isteri dalam faraid hanya 1/8 sahaja.

Ramai yang cakap tak adil.

Yang cakap tak adil ni biasanya sebab tak ada ilmu.

Yelah, isteri dah bersusah payah membantu suami daripada segi ekonomi, mengandungkan, melahirkan, menyusukan anak-anak, berkorban jaga mertua pula, dapat 1/8 je.

Di manakah KEADILAN????

Ya, ya…saya faham sebab saya pun perempuan juga. Dah berkorban jiwa raga dapat bahagian faraid paling sikit pula.

Kalau memang suami hanya ada kita sebagai isteri,memang faraid kita 1/8 tapi kalau dalam diam kita dimadukan, bahagian faraid kita 1/16 je awak.

Jika di madu 3 kan, bahagian faraid isteri-isteri jadi 1/24.

Jika dimadu 4 kan, bahagian faraid isteri-isteri jadi 1/32.  Baik sedih bila berlaku kematian, dah jadi hijau plak 1 badan.

Jadi tinggal apa je untuk isteri?

Untuk yang kata hukum faraid tak adil, meh la kita belajar ilmu faraid supaya celik faraid, celik undang-undang, celik hak.

Noraini Othman
INFAQ Consultancy JDT

 

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended