Hard truth. Kebenaran yang pahit

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:721Views

Hard truth. Kebenaran yang pahit.

Screenshot komen dan posting ini saya ambil daripada FB Dr Azizul Azli, berdasarkan komen daripada Dr Dr Mohd Shukur Zurich Takaful.

Inilah sisi gelap dalam industri kewangan dan mana-mana industri yang melibatkan sales dan rekrutmen.

Kalau saya yang tulis, nanti ramai yang sentap. Ramai akan perkecilkan sebab katanya saya tak berjaya.

Jadi, saya kongsikan tulisan oleh Dr Mohd Shukur, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri kewangan dan takaful. Saya copy paste daripada posting Dr Azizul Azli:

Modus Operandi segelintir Leader Takaful, Insurans, Unit Trust, REN, Water Filter, MLM…. buat recruitment show off kereta mewah.

~ Leader tu akan ambik risiko dulu beli kereta mewah hutang 9 tahun.

~Lepas tu buat video / tunjuk kereta untuk provoke downline esp Middle Leader supaya beli juga, buat story dulu pun dia susah..tak mampu.

~Bila dorang ikut beli, dorang kena kerja kuat buat sales dll supaya boleh bayar bulanan.

~Automatik overiding pun mashuk dan Leader atas tadi survive.

Dari 31 tahun pengalaman saya sebagai Leader dan Sales Coach dalam industri ni, hanya 5% yang berjaya…tu yg berkokok @ kelamkabut untuk pertahankan kepentingan.

95% lagi kecundang kereta mewahnya.

Leader akan kata, itulah dia tak buat sales / recruitment.

Yang sempat downgrade tu nampaknya boleh bangkit.

Yang terus hilang tu ada saya jumpa, kesian hidup muflis.

Tulis panjang2 nanti, kawan2 kecik hati.

Tapi itulah hakikatnya, ramai leader manipulasi kelemahan anak2 muda Melayu.

Tapi masing2 dah besar kan,

takde siapa atau takde leader yang letak pisau kat leher anda paksa beli kereta mewah.

So bukan nak salahkan sesiapa.

Your future your choice,

nak banyak simpanan atau nak banyak hutang.

Tokey2 Workshop ada yang kawan saya, dorang kata takkan kita nak jual spare part kereta mewah ni murah pulak @ ambik untung sikit,

nanti orang tak percaya ni ori ke …..

Banyak kisah sedih boleh saya ceritakan tapi nanti panjang pulak.

No. 1 paling masalah nanti ialah yang ambik kereta mewah recond.

Ni paling laju duit dia terbakar oleh maintenance, kos wear & tear dll.

Pendirian saya tetap dari dulu, jika ejen2 saya belum sampai dapat income 20K sebulan selama 24 bulan berturut2, dan tak boleh save 50% setiap bulan, saya tetap advise hanya layak pakai City atau Vios sahaja.

Tapi jika cukup syarat tu, dan wajib ada Cash Savings minimum 150K, itu barulah boleh.

Inipun dengan syarat dia ada Team min 10 active agents.

Prioriti saya untuk Team ialah setiap orang tumpukan utk tingkatkan Cash Saving / Liquid Asset dan Rumah Investment.

NOTA: Saya ada BMW juga. Tapi bukan kereta BMW. Murah je BMW saya, RM29

Saya ada pakej E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN EXTEND KE SYAWAL hanya RM29 sahaja!!! http://lite.seminarbmw.com

Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang

  • 1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
  • 2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
  • 3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
  • 4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
  • 5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
  • 6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
  • 7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW

Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

http://lite.seminarbmw.com
http://lite.seminarbmw.com
http://lite.seminarbmw.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Berderu soalan masuk daripada kawan-kawan tentang isu-isu kewangan dan ekonomi…