fbpx

Harta Pusaka : Isteri Yang Diceraikan

  • 5 years ago
  • 5Minutes
  • 768Words
  • 1475Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Pusaka :

HARTA PUSAKA :- ISTERI YANG DICERAIKAN

Persoalan :-
Adakah isteri yang telah diceraikan akan mendapat harta pusaka suaminya (simati) ?

Baik lah sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan isteri yang diceraikan mendapat harta pusaka daripada faraid @ tidak mari kita lihat dahulu berkenaan dengan CERAI .

Cerai terbahagi kepada dua iaitu talak raj’i( boleh rujuk kembali )dan talak ba’in (tidak boleh rujuk kembali)

Cerai talak raj’i disebut juga sebagai talak satu atau talak dua. Ia bermaksud talak yang boleh dirujuk. Di dalam Hukum Syarak, hak rujuk itu ada dua kali. Ini berdasarkan firman Allah ﷻ:

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”

(Surah al-Baqarah: 229)

TEMPOH IDDAH PERCERAIAN :-

Berkenaan tempoh idah perceraian terdapat dua keadaan iaitu :-

IDDAH TALAK RAJ’I

1) isteri yang masih mempunyai haid

Allah ﷻ berfirman lagi tentang iddah wanita yang ditalak raj’i sedangkan dia adalah seorang yang berhaid:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

Maksudnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).”

(Surah al-Baqarah:228)

2) isteri yang telah tiada haid, seperti sudah putus haid atau tidak pernah haid, iddah mereka adalah TIGA BUKAN HIJJRIYAH. Ini berdalilkan firman Allah ﷻ:

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang sudah terputus haidnya (menopaus) dari kalangan isteri-isteri kamu sekiranya kamu ragu—ragu (berkenaan iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu juga perempuan yang tidak ada haidnya (belum sampai tempoh haid).”

(Surah al-Tolaq: 4)

IDDAH WAFAT(CERAI KES KEMATIAN) :-

Namun sekiranya seseorang isteri itu KEMATIAN SUAMI, dia tetap perlu beriddah namun jumlahnya berbeza’ yakni EMPAT BULAN SEPULUH HARI. Ini seperti mana yang telah dinaskan dalam al-Quran:

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

Maksudnya: “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.”

Isu lain :-

Timbul isu, sekiranya wanita yang pada awalnya ditalakkan oleh suaminya dengan talak raj’I, sepert talak satu, kemudian sewaktu wanita itu masih beriddah, bekas suaminya itu mati. Apakah wanita itu perlu menjalani iddah talak raj’i atau iddah wafat?

Isu ini dijawab oleh Imam al-Nawawi (w.676) dalam Minhaj al-Tolibin:

وَإِنْ مَاتَ عَنْ رَجْعِيَّةٍ انْتَقَلَتْ إلَى وَفَاةٍ أَوْ بَائِنٍ فَلَا

Maksudnya: “Jika seorang (bekas suami) itu mati ketika dalam talak raj’ie maka berubah iddah (bekas isteri) itu kepada iddah wafat, atau sekiranya ia talak ba’in maka tidak berubah”

Fakta ini dihurai lagi oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj (8/251): “Maka gugur bilangan berbaki daripada iddah talak lalu wajib wanita itu berihdad (berkabung) dan gugur nafkahnya. Manakala untuk talak ba’in seperti wanita yang nikahnya difasakhkan… maka tidak berubah iddahnya sebaliknya hendaklah wanita itu menyempurnakan iddah talak atau fasakh kerana dia bukan isteri dan tidak wajib baginya untuk berkabung dan bagi nafkah sekiranya dia hamil.”

Berdasarkan hujah di atas difahami bahawa wanita yang ditalak raj`ie masih lagi berlaku ke atasnya sebahagian hukum hakam isteri.

Bagaimana pula dengan isu harta peninggalan?

Jawapannya, wanita yang berada dalam iddah bagi talak raj’ie berhak untuk mendapatkan bahagian isteri dalam harta pusaka.

Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj: “Sebab-sebab perwarisan itu ada empat; hubungan kerabat, nikah…”

Ini dihuraikan dalam Hasyiyata Qalyubi wa `Umairah (3/173): “Kebiasaannya, masing-masing (yakni suami dan isteri) saling mewarisi antara satu sama lain, sekalipun dalam talak raj’ie”

Berkata pengarang kitab al-Mu`tamad (4/350): “Disyaratkan wujud hubungan pernikahan yang hakiki yakni perempuan itu berada dalam perkahwinan apabila suami itu mati, atau secara hukum seperti perempuan itu ditalak raj’ie kemudian mati suaminya itu semasa dia masih dalam tempoh iddah.”

sumber :-Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulannya :-

1) semua wanita yang diceraikan boleh menuntut HARTA SEPENCARIAN

2) wanita yang ditalak raj’i (talak satu atau talak dua) dan di dalam tempoh iddahnya si suami mati , wanita tersebut waris bagi harta pusaka suaminya

3) wanita yang bercerai mati ( hidup bersama si suami sehingga akhir hayat suami) wanita tersebut waris dalam harta pusaka suami

4) Wanita yang di talak ba’in ( talak tiga) tidak boleh mewarisi dan bukan waris harta pusaka suami.

5) wanita yang hamil ketika diceraikan oleh suaminya, tempoh iddahnya sehingga wanita hamil tersebut melahirkan anak , dan ketika mana dalam tempoh iddahnya , si suaminya meninggal, wanita tersebut adalah waris dalam harta pusaka suaminya

6) Wanita yang telah ditalak satu oleh suaminya kemudian suami itu mati semasa dalam tempoh iddah, maka berubah iddah itu bermula pada saat kematian kepada iddah wafat yakni empat bulan sepuluh hari. Ini kerana wanita berkenaan masih berlaku ke atasnya sebahagian hukum perkahwinan

.
untuk mengetahui dan mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke channel telegram saya di https://t.me/AhmadMustapha01

Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy
“Plan your wealth, Change your life”
019-2060180

#isupusaka
#ambiktahuuntukilmu
#IsuHakIsteriYangDitalak
Afyan Mat Rawi

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Adakah hibah takaful anda sudah secure? Baca situasi di…