fbpx

Hasil Pelaburan Dengan Ilmu

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 170Words
  • 280Views

Jom belajar sesuatu dari tulisan di FB Pn Aznah Arshad ini.

THE EDGE Jan 21 – Jan 27

Maaf, ini edisi dua minggu lepas. Baru berkesempatan berkongsi.

Beberapa perkara menarik dari pembacaan tentang Raj Kissu Rajendran.

1. Pada Raj, ilmu yang diamalkan adalah kekayaan sebenar. Jika kita hanya berduit, hilang duit, hilanglah diri kita. Namun jika kita bersandarkan ilmu, biar hilang segalanya, kita tahu cara bangkit semula.

2. Mula melabur seawal unit amanah seawal 20an. Mula dengan jumlah yang kecil. Melabur selepas bapanya menasihati untuk ‘diversify’ dari Fixed Deposit (FD) dan Simpanan. Belajar tentang pelaburan melalui unit amanah.

3. Setelah tahu dan faham, mula melabur di syarikat yang memberi dividen secara berkala. Keuntungan dari pelaburan dipindahkan semula ke FD.

4. Jika beliau mahu berbelanja untuk berhibur, beliau simpan atau labur jumlah yang sama digunakan.

5. Awal 2015 berhenti kerja. Menggunakan simpanan dan keuntungan pelaburan untuk bangunkan syarikat sendiri. Pertengahan 2015 Omnimatics dilancarkan. Beberapa tahun kemudian menjual sebahagian pegangan kepada APM Automotive Holdings Bhd sebanyak RM2.25 juta.

Belajar sesuatu?

Aznah Arshad
INFAQ CONSULTANCY JDT

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tq Sahabat, Tn Peguam Arif Muazzim Abdul Rahman aka AMAR Apabila AMR…