fbpx

Hibah dan Waqaf: Perancangan Kewangan Akhirat

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 201Words
  • 445Views

HIBAH dan WAQAF; PERANCANGAN KEWANGAN UNTUK AKHIRAT

Perancangan kewangan Islam bukan semata perancangan kewangan untuk KEHIDUPAN malah juga perancangan kewangan untuk menghadapi saat KEMATIAN.

Jika dalam kehidupan di dunia kita meletakkan matlamat PENDAPATAN PASIF supaya beroleh pendapatan secara pasif tanpa perlu bekerja, maka untuk kehidupan kita di akhirat pula kita perlukan PAHALA PASIF.

PAHALA PASIF diperlukan supaya kita beroleh pahala berterusan selepas mati untuk bekalan kita di akhirat.

Antara cara untuk kita membuat perancangan kewangan AKHIRAT adalah melalui kaedah HIBAH dan WAQAF.

Perancangan HIBAH dan WAQAF sewaktu hidup ini membolehkan kita memberi sedekah kepada badan waqaf atau orang yang disayangi apabila berlaku kematian.

IMG_1338-2.JPG

Gambar di atas diambil dari FB Puan Zuraidah Hanim, HIBAH / WAQAF dilakukan melalui takaful.

Yang menarik melalui kaedah takaful, WAQAF atau HIBAH boleh dilakukan dengan kos serendah RM100 sebulan dapat memberi HIBAH setinggi RM240,000 selepas kematian!

Yang lebih menarik, melalui HIBAH / WAQAF takaful ini, ia tidak perlu diambil daripada harta pusaka yang kita kumpulkan sewaktu hidup.

Jika hendak memberi WAQAF atau HIBAH melalui cara biasa daripada harta kita sebanyak RM100,000 apabila meninggal dunia, maka kita perlu mempunyai harta melebihi jumlah itu sewaktu hidup.

Tapi melalui kaedah takaful ini, ia dapat dilakukan dengan cara yang lebih murah dan mudah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KEMBARA MERDEKA Kecil-kecil dahulu, saya pernah ke Thailand bersama keluarga…