fbpx

Hibah Hartanah – 2 Dokumen Penting Harus Tahu

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 326Words
  • 684Views

Dalam hibah hartanah, ada 2 dokumen penting yang terlibat;

1. Dokumen surat pengisytiharan hibah

2. Dokumen perintah pengesahan hibah

 

DOKUMEN 1: Surat Pengisytiharan Hibah

Dokumen ini mengandungi hasrat pemilik untuk memberi hibah kepada penerima.

Ia boleh disediakan oleh syarikat amanah, peguam atau individu sendiri.

Ia hanya akan sah dengan 2 cara:

i. Apabila ia dipersetujui dengan cara muafakat oleh waris
ii. Apabila disahkan oleh mahkamah syariah

 

DOKUMEN 2: Perintah Pengesahan Hibah / Surat Perintah Hibah

Dokumen ini pula dikeluarkan oleh mahkamah untuk mengesahkan hibah yang berlaku di antara pemilik harta dengan penerima hibah.

Mahkamah boleh mengeluarkan surat perintah hibah ini berpandukan dokumen pertama tadi, surat pengisytiharan hibah.

Dokumen ini boleh dikeluarkan mahkamah sama ada semasa pemilih masih hidup atau selepas meninggal dunia.

Proses akan menjadi lebih mudah apabila dokumen ini dikeluarkan ketika pemilik masih hidup berbanding selepas kematiannya.

Sekiranya pemilik sudah meninggal dunia baru hendak dibuat pengisytiharan hibah, akan menimbulkan polemik di kalangan ahli waris jika tidak berlaku muafakat.

Apabila ia sudah dikeluarkan ketika pemilik masih hidup, bermakna ijab dan qabul sudah berlaku dan ia bukan lagi harta pusaka dan tidak tertakluk kepada faraid.

Adapun bila pengisytiharan hibah itu dibuat, bergantung kepada situasi dan kes berbeza. Ada keperluan tertentu yang menyebabkan pengisytiharan hibah perlu dibuat selepas pemilik meninggal dunia, contohnya harta masih di dalam hutang dan tiada MRTT.

Wallahua’lam.

#KTAJKDR
Korang Tanya, Afyan Jawab Kalau Dia Rajin

 

p/s: Belajar ilmu pusaka disini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Berminat untuk mengetahui berkenaan hibah sila isi borang dibawah;

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Notis penting daripada lembaga yang digeruni ini. Para peniaga boleh…