fbpx

Hibah KWSP?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 495Words
  • 1025Views

1. KWSP tak boleh dihibahkan;
2. KWSP tak boleh dituntut sebagai harta sepencarian;
3. KWSP hanya boleh dilantik penama;
4. Penama KWSP tu hanyalah pentadbir bukannya pemilik;
5. KWSP perlu difaraidkan;
6. Pembahagian secara muafakat hanya boleh dibuat jika semua waris faraid bersetuju.

Dari FB Ahmad Mustapha

HIBAH KWSP ?

Malam tadi terbaca satu komen yang mengatakan bahawa suaminya telah melantik isterinya sebagai penama untuk duit KWSP. Dengan gembira dia mengatakan bahawa keseluruhan duit tersebut akan menjadi haknya setelah suaminya meninggal.

Selain itu ada juga komen yang mengatakan bahawa suaminya telah hibahkan duit KWSP tersebut kepadanya ( isteri). Jadi apabila berlaku kematian terhadap suaminya, duit itu adalah haknya 1️⃣0️⃣0️⃣ % tanpa perlu di faraid kan, atas alasan suaminya telah hibahkan duit itu kepadanya.

Jawapan :-

KWSP ni ramai lagi yang tak faham. Ingat betul-betul ni:
.
1. KWSP tak boleh dihibahkan;
2. KWSP tak boleh dituntut sebagai harta sepencarian;
3. KWSP hanya boleh dilantik penama;
4. Penama KWSP tu hanyalah pentadbir bukannya pemilik;
5. KWSP perlu difaraidkan;
6. Pembahagian secara muafakat hanya boleh dibuat jika semua waris faraid bersetuju.

Sepertimana yang kita sedia makluman , jumlah yang besar iaitu duit kita ada di KWSP bagi pencarum. Kebiasaannya kita hendak berikan duit tersebut kepada yang tersayang seperti isteri dan anak anak untuk meneruskan kehidupan mereka seperti biasa tanpa perlu menanggung beban apabila kita telah meninggal dunia .

Jadi timbullah teori salah iaitu “duit KWSP telah hibah kepada isteri”, ” lantik penama supaya isteri dapat semua” dan berbagai bagai teori lagi.

Untuk makluman semua, duit KWSP perlu melalui urusan pentadbiran pusaka . Duit tersebut perlu membayar pengurusan jenazah, membayar hutang simati, melaksanakan wasiat simati mengikut syariat, dan baki duit KWSP tersebut perlu dibahagikan kepada waris faraid. Waris waris simati pun dapat ? Ya mereka pun berhak keatas duit tersebut. Jadi niat dan tujuan asal suami untuk memberikan duit KWSP kepada isteri 1️⃣0️⃣0️⃣% tidak tepat kerana perlu melalui proses pusaka tersebut dan perlu bahagi kepada waris faraid yang lain.

Ada persoalan : Jika saya sebagai isteri dilantik sebagai penama bagaimana ? Caranya sama seperti jawapan diatas .

Sebenarnya jika kita benar benar ingin memberikan sejumlah wang kepada isteri bagi menguruskan perbelanjaan keluarga apabila kita telah tiada , maka suami boleh membuat satu perlindungan untuk dihibahkan kepada isteri. Duit pampasan perlindungan yang dihibahkan kepada isteri tidak perlu melalui pentadbiran pusaka dan apatah lagi tidak perlu dibahagikan kepada waris mengikut faraid. Duit pampasan tersebut menjadi HAK MUTLAK isteri. Jadi niat asal dan tujuan kita untuk memberikan sejumlah duit kepada isteri tercapai maksudnya.

Sebagai contoh dengan serendah RM89 bagi pasangan berumur 30 tahun dengan pampasan keseluruhan RM400,000, anda boleh menyediakan hibah kepada pasangan. RM89 itu harga untuk dua polisi iaitu RM200K suami + RM200K isteri. Duit tersebut HAK MUTLAK penerima hibah tanpa perlu berkongsi dan melalui pengurusan pentadbiran pusaka . Jika suami mati, isteri akan terima pampasan RM200K, Jika isteri mati, suami akan terima RM200K. Harga mengikut umur.

Untuk mengetahui berkenaan perwarisan KWSP dan menyediakan perlindungan klik link dibawah . Saya sedia membantu.

.
untuk dapatkan isu berkaitan pusaka dan perancangan kewangan boleh pergi ke channel telegram saya.

Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy

 

Dari Sumber FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1st time seumur hidup saya buat sesi LIVE FB, dlm…