Pelan Hibah Takaful

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Bagaimana hibah takaful memainkan peranan pada anak-anak dan isteri

PELAN HIBAH TAKAFUL

Sebelum saya menerangkan berkenaan takaful dengan lebih jauh . Suka saya kongsikan Apa itu Perlindungan Takaful ?

Takaful adalah satu tabung di mana ia mengumpul wang yang disumbangkan/ (didermakan) oleh semua para pencarum.

Duit sumbangan/derma dikumpul dan diagihkan kepada para pencarum jika berlaku sebarang musibah kepada salah seorang daripada pencarum tersebut.

7 MANFAAT TAKAFUL PERLU ANDA TAHU
===================================

1️⃣ PAMPASAN AKIBAT KEMATIAN (POLISI HAYAT / LIFE TAKAFUL)
Plan ini adalah plan asas dalam takaful dimana pampasan hanya akan dibayar apabila orang dilindungi meninggal dunia. Bayaran adalah kepada waris. Ramai juga menggunakan istilah hibah takaful kerana duit pampasan akan dihibahkan kepada waris yg dinamakan.

2️⃣ PAMPASAN AKIBAT PENYAKIT KRITIKAL
Plan ini adalah plan tambahan kepada plan asas dimana nilai pampasan akan dibayar kepada orang yang dilindungi apabila orang dilindungi menghidap penyakit kritikal tahap akhir. Terdapat juga syarikat yang memberikan pampasan pada peringkat awal penyakit.

3️⃣ KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)
Plan ini adalah plan yang membolehkan peserta menggunakan perkhidmatan rawatan hospital swasta dengan kos rawatan ditanggung oleh pihak takaful.

4️⃣ BAYARAN TUNAI HARIAN (HOSPITAL INCOME BENEFIT)
Plan ini adalah plan yang memberikan bayaran harian kepada orang yang dilindungi jika dimasukkan ke hospital disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

5️⃣ PENGECUALIAN SUMBANGAN (WAIVER)
Plan ini adalah plan yang akan menguruskan (membayar) sumbangan takaful pada masa akan datang sekiranya orang yang dilindungi menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan pada keterukan tertentu.

6️⃣ PERLINDUNGAN KEMALANGAN PERIBADI (PERSONAL ACCIDENT PA)
Plan ini adalah plan yang memberi pampasan berpunca daripada kemalangan sahaja. Terdapat 2 jenis bagi perlindungan plan ini dimana plan asas hanya membayar pampasan kematian akibat kemalangan sahaja dan bagi plan komprehensif pula pampasan akan dibayar mengikut peratusan kecacatan yang dialami berpunca dari kemalangan sahaja. Contoh bagi kes kehilangan penglihatan sebelah mata sebanyak 50% daripada jumlah nilai pampasan akan dibayar. Satu ruas bagi ibu jari 10% dan 25% bagi dua ruas.

7️⃣ EJEN ANDA AKAN SELALU MENDOAKAN KESIHATAN ANDA. INI CERITA BENAR
Inshallah ejen selalu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan mereka.

Seperti yang sedia maklum, sekarang kita sedang menghadapi penularan penyakit Covid-19. Syarikat Takaful ikhlas menawarkan perlindungan tanpa tempoh menunggu untuk penyakit Covid-19.

Hari ini saya ingin bercerita berkenaan Manafaat yang pertama diatas iaitu manafaat kematian .

Setiap orang akan mati, persoalannya bagaimana untuk tuan/puan meninggalkan satu aset cair dengan cepat untuk digunakan dalam meneruskan kehidupan seperti membayar komitmen bulanan, meneruskan pendidikan anak anak apabila anda sudah tiada ?

Saya ingin mengajak tuan/cik puan untuk menyediakan satu perlindungan untuk diri sendiri atau suami isteri dalam perlindungan

Saya mencadangkan tuan/puan untuk menyediakan satu hibah takaful.

Mahal ke untuk melanggan polisi hibah takaful?

Untuk makluman, jika anda berumur 30 tahun, samada lelaki atau perempuan berpendapatan anda boleh melanggan Serendah RM 46.38 sebulan dengan manafaat seperti berikut :
.
Pelan Perlindungan Diri Takaful
=======================
Manfaat
.
1. Kematian Semulajadi : RM200,000
2. Kematian Kemalangan : RM200,000
3. Kematian Sakit : RM200,000
4. Cacat & Lumpuh Kekal : RM200,000
5. Perlindungan sehingga umur 80tahun
6. Boleh dihibahkan kepada tersayang.(isteri)
7. Badal haji dilaksanakan
8. Sesuai kepada semua golongan pendapatan
9. Murah dan berbaloi
.
Hanya RM550+ setahun
(RM46+ sebulan)
(RM 1.54+hari)
untuk umur 30 tahun.
.
Berikut adalah anggaran caruman utk umur-umur lain
20 tahun – RM 39.55
25 tahun – RM 41.65
30 tahun – RM 46.38
35 tahun – RM 71.58
40 tahun – RM117.69
45 tahun – RM129.85
.
– Umur kelayakan : 17 – 60 tahun.
.
Sesuai untuk dijadikan Income Protection, Hibah, alternatif MRTT, penyediaan aset cair jika berlaku KEMATIAN dan LUMPUH KESELURUHAN
.
Hibah penting untuk ditinggalkan kepada anak anak dan isteri untuk meneruskan hidup untuk berbelanja dan membayar komitmen yang selalu kita bayar. .

Jika kita sudah meninggal atau hilang upaya menyeluruh kekal (HUMK) maka terputus lah pendapatan kita yang mana selama ini kita menggunakan gaji kita untuk menyara kehidupan .

MACAM MANA CARA PAMPASAN DIAGIHKAN?
Jadi jika Orang yang dilindungi Kene HUMK , pihak takaful akan membayar pampasan RM 200,000 kepada pencarum iaitu tuan/cik puan. Daripada duit itu pencarum dapat menampung kehidupan tanpa perlu mencairkan aset yang ada.

Manakala jika orang dilindungi/pencarum (adalah orang yang sama) meninggal , penerima hibah seperti anak /isteri akan menerima pampasan RM200,000 tersebut dan duit itu boleh digunakan untuk pendidikan anak.

Jadi apa tunggu lagi . Benda baik tidak perlu fikir panjang .

PERSOALAN:-
Bagaimana saya nak mohon dan tandatangan permohonan sedangkan sekarang kita tidak boleh bergerak dan dalam tempoh PKP?

Anda jangan risau , semuanya dihujung jari secara online, apa yang perlu anda buat, ikut step dibawah

1️⃣ Dapatkan Appointment, khidmat nasihat, perbincangan yang menyeluruh dan sebut harga melalui Whatsapp, Telegram dan zoom
2️⃣ Isi Permohonan secara Online & Swafoto bersama I/C
3️⃣ Bayar melalui payment gateway.
.

Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy
“Plan Your Wealth, Change Your Life”

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com