fbpx

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Sambungan Kes 1

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 428Words
  • 865Views

Ini ialah sambungan posting terdahulu dengan tajuk sama.

Baca: Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 1

Boleh rujuk posting sebelum ini untuk lebih detail dan diskusi di ruang komen.

FAKTA KES;

Fathah (bukan nama sebenar) meninggal dunia dan meninggalkan waris;

  • Isteri (Faruza, bukan nama sebenar)
  • 3 orang anak perempuan
  • Ayah
  • Ibu
  • Adik-beradik (tiada detail)

Aset dan liabiliti yang ditinggalkan;

  • 2 buah rumah
  • 2 buah kereta
  • Tunai RM100,000Nota: Semua rumah dan kereta bernilai RM1,000,000 serta masih mempunyai baki hutang bank RM500,000 & tiada cagaran takaful.

Arwah Fathah turut menyediakan hibah takaful RM500,000 atas nama isterinya, Faruza dengan pesanan untuk membayar hutang-piutang.

APA SOLUSI YANG BOLEH DICADANGKAN KEPADA FARUZA?

Jika saya dilantik sebagai penasihat Faruza, saya katakan begini;

“Jika Puan bayar hutang-piutang menggunakan wang hibah takaful milik Puan; rumah-rumah dan kereta-kereta itu adalah milik semua waris dan bahagian Puan hanyalah 1/8, tidak termasuk harta sepencarian. Jika termasuk harta sepencarian pun, takkan dpt memiliki rumah tersebut 100%.

Daripada Puan bayarkan hutang guna wang hibah takaful, lebih baik Puan beli rumah lain untuk duduk bersama anak-anak. Puan boleh beli tunai kalau Puan mahu dan tak perlu berhutang.

Tentang hutang piutang arwah, Puan boleh berbincang sesama waris untuk jualkan aset-aset untuk bayar hutang yang ditinggalkan.

Jika ada baki, bahagi sesama waris mengikut faraid.

InsyaAllah, roh arwah akan tenang apabila hutangnya dibayar.

Dan Puan pula tenang bersama anak-anak dengan rumah yang Puan baru beli guna wang hibah takaful yang suami langgan ketika hidup.

Jika waris lain tidak mahu bekerjasama, bukan tanggungjawab Puan seorang sebagai isteri utk bayar hutang.

Bank akan tarik aset-aset arwah suami untuk dilelong dan langsaikan hutang tersebut.

Yang paling utama dalam situasi di atas ialah nasib dan masa depan Puan sebagai isteri dan anak-anak Puan yang baru sahaja kehilangan suami dan ayah”

KESIMPULAN;

  1.  Hibah takaful TIDAK sesuai untuk digunakan sebagai instrumen pelupusan hutang.
  2. Penerima hibah takaful TIADA KEWAJIPAN SYARIE bayar hutang pemberi hibah.
  3. Jika ingin jadikan takaful untuk tujuan penyelesaian hutang, JANGAN letakkan penamaan hibah. Letak penamaan biasa sebagai pemegang amanah.
  4. Untuk lebih kukuh, boleh juga dibuat absolute assignment ke atas polisi bagi tujuan pembayaran hutang.

Wallahua’lam.

Follow Afyan Mat Rawi, IFP

Ini antara topik yang dibincangkan dalam #SeminarBMW Seminar Bijak Merancang Wang.

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Isi borang di bawah:

Wakil kami akan hubungi insyaALLAH utk sesi penerangan dan konsultansi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apakah Benar Hibah Takaful Selesaikan Hutang? "Jangan letakkan nama isteri…