fbpx

Hibah Takaful Untuk Bayar Hutang? Bukan! Gunakan Absolute Assignment

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 366Words
  • 2134Views

Dalam tulisan-tulisan sebelum ini, saya kongsikan bahawa hibah dalam takaful tak sesuai jika ia bertujuan untuk melangsaikan hutang peserta takaful kerana hibah adalah hadiah. Adalah tidak sayugia apabila hadiah yang kita berikan kepada yang tersayang, diminta untuk bayarkan hutang kita. Macam buruk siku pun ada.

Jadi, apa alternatif yang ada? Jika tujuan untuk melangsaikan hutang dengan institusi kewangan, sewajarnya kita menyediakan dokumen “absolute assignment” atau serah hak polisi takaful.

Absolute assignment ialah dokumen persetujuan pemilik polisi untuk menyerahkan hak pampasan takaful kepada pihak lain, seperti bank, institusi kewangan, institusi waqaf dan sebagainya.

Secara umumnya, ada 3 pihak yang terlibat dalam penyediaan dokumen absolute assignment ini.

1. Peserta takaful
2. Penerima serah hak.
3. Syarikat takaful

Dalam konteks hutang dengan bank , pemilik polisi membuat absolute assignment atau serah hak pampasan polisi takaful kepada bank.

Dokumen tersebut perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu pemilik polisi dan bank, dengan makluman syarikat takaful.

Dokumen asal perlu dimatikan stem sebanyak 3 salinan untuk simpanan peserta takaful, bank dan syarikat takaful.

Tidak seperti hibah, hanya perlukan tanda tangan peserta takaful sahaja tanpa perlu persetujuan penerima hibah.

Absolute assignment juga tak boleh dibatalkan kecuali dengan persetujuan semua pihak terlibat, tak seperti hibah dalam takaful yang boleh sahaja dibatalkan oleh peserta sebelum meninggal dunia.

Selain untuk tujuan penyelesaian hutang, absolute assignment juga digunakan untuk tujuan perancangan waqaf melalui takaful. Nama institusi waqaf diserahkan hak melalui absolute assignment ke atas polisi takaful.

Contoh borang Absolute Assignment Takaful IKHLAS – pg1

Contoh borang Absolute Assignment Takaful IKHLAS – pg2

Wallahua’lam.
Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Berminat untuk mengetahui lanjut, sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cara pelaburan hartanah saya simple sahaja. Strategi ini tak sesuai…