fbpx

Hidup Ini Penuh Dengan “Gangguan”

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 321Words
  • 280Views

Hidup ini penuh dengan “gangguan”.

  • Nak pergi kerja ada “gangguan” traffic jammed.
  • Nak isi minyak, ada “gangguan” duit tak cukup.
  • Nak beli rumah, ada “gangguan” harga rumah mahal.
  • Nak makan, ada “gangguan” selera besar tapi bajet tak ada.
  • Nak tidur pun ada “gangguan” kerja ofis yang tak siap-siap.

PM kita pun ada banyak “gangguan” sebelum beliau berjaya menjadi PM buat kali kedua pada usia 93 tahun. PAS, UMNO, Anwar dll selalu “mengganggu” beliau tapi beliau rilek sahaja jalankan tugas.

Mana ada hidup tanpa “gangguan”?

  • Orang kaya “gangguan”nya untuk menjaga duitnya yang banyak supaya tidak “diganggu”.
  • Orang miskin pula rasa “terganggu” kerana tak cukup duit.
  • Orang politik pula “diganggu” oleh musuh mereka.
  • Orang bisnes “diganggu” pula oleh produk dan sales yang tak berapa nak jadi.

Ejen takaful pula “diganggu” oleh prospek yang dah banyak penyakit baru insaf nak sign up takaful.

Pendek kata, semua orang akan ada “gangguan” pada tahap masing-masing.

Gangguan adalah cabaran.

Emas tidak akan dijumpa di atas tanah. Ia hanya dijumpai selepas melombong dan mengatasi “gangguan” tanah-tanih yang menimbusnya sekian lama, barulah ia boleh didapati di kedai-kedai emas dengan harga yang mahal.

Sang rama-rama yang lawa asalnya pula adalah dari si ulat beluncas yang hodoh dan bertungkus-lumus mengatasi “gangguan” kepompongnya. Selepas berjaya menghadapi “gangguan” itu, barulah ia menjadi sang rerama yang cantik terbang di taman bunga.

Mutiara juga asalnya ialah pepasir yang tiada nilai tapi berjaya mengharungi “gangguan” di dalam tiram di lautan dalam bertahun-tahun sebelum menjadi mutiara hang bernilai dan mahal harganya.

Oh ya, manusia juga asalnya ialah air mani yang tiada nilai tapi sperma berjaya mengatasi “gangguan” berenang untuk bersatu dengan ovum yang kemudiannya menjadi janin dan dilahirkan ke dunia!

Hidup dengan “gangguan” dan cabaran adalah proses untuk menjadi emas yang mahal, rama-rama yang cantik, mutiara yang bernilai atau seorang manusia!

Hidup tanpa gangguan hanyalah seperti tanah biasa, ulat beluncas, pepasir di dasar lautan atau air mani yang hina.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Sang Penggangggu

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cerita ini make senses. Cuma cerita itu ada kisah yang…