fbpx

High Risk, High Return. Low Risk, Low Return

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 233Words
  • 445Views

Biasa kita dengar “high risk, high return. Low risk, low return”.

Sebenarnya yang lebih tepat adalah “high knowledge, high return. Low knowledge, low return”.

Tidak dapat dinafikan, dalam ilmu pelaburan ada dinyatakan perbandingan tahap-tahap risiko, sebagaimana dalam gambar ini.

Dari sudut teori pelaburan, pelaburan yang paling rendah risiko ialah unit amanah, diikuti dengan bonds, saham dan seterusnya. Tidak termasuk lagi pelaburan hartanah dan emas yang mempunyai risiko tersendiri.

Namun secara praktikalnya, bukan jenis pelaburan yang menentukan risiko sebenar sesuatu pelaburan tapi pelabur itu sendiri.

Bezakan pelaburan dan pelabur.

Analoginya antara kenderaan dan pemandu.

Ada kenderaan yang berisiko rendah seperti basikal, diikuti motosikal, kereta, lori, sehinggalah ke kapal terbang.

Dari sudut teori, kenderaan yang paling berisiko ialah kapal terbang.

Tapi bila kali terakhir kita dengar berita tentang kemalangan kapal terbang berbanding dengan kemalangan motosikal dan kereta?

Yang menyebabkan berlakunya risiko kemalangan, lebih banyak bergantung kepada pemandu kenderaan, bukan kenderaan.

Itulah analogi kepada pelaburan dan pelaburan,

Bukan pelaburan yang menentukan sama ada kita boleh untuk besar atau sikit.

Tapi pelabur itu sendiri.

Sebagaimana pilot yang terlatih mengendalikan kapal terbang yang menyebabkan kita susah hendak dengar kapal terbang terhempas, begitulah juga pelabur yang mempunyai banyak ilmu maka dia mengurangkan risiko pelaburan yang diterima.

Jadi, saya sangat sukar untuk jawab soalan seperti;

“Saya ada duit RM50,000. Pelaburan apa yang bagus?”

“Apakah pelaburan yang paling menguntungkan?”

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di musim kempen #bmf ini, molek sungguh kiranya kita sama-sama memilih produk…