fbpx

Hikmah MCO

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 763Words
  • 272Views

 

Saya masih ingat lagi detik bersejarah itu.

Isnin, 16 Mac 2020 kira-kira jam 10 malam.

PM TSMY umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau MCO selama 14 hari bermula 18 Mac.

Bohonglah kalau tak terkejut. Memang terkejut. Ketika itu saya berada di kampung halaman di Besut, Wakanda. Kebetulan cuti sekolah.

Esoknya, Selasa.

Saya beritahu kepada sellluruuh staf, kita akan patuh arahan daripada penguasa. Bawa balik laptop, printer dan fail-fail penting masing-masing ke rumah.

Semua staf akur. Bunyi macam ramai je kan? Sebenarnya 3 orang je staf saya. Hahaha!

Petangnya saya hantar mesej dalam group telegram INFAQ:

“PENGUMUMAN PENTING:

Mulai ESOK (18 Mac 2020), pejabat INFAQ ditutup buat sementara waktu namun operasi masih berjalan secara online.

Staf-staf diarahkan bekerja daripada rumah.”

Rabu, hari pertama MCO

Rutin kami di INFAQ, ialah mesyuarat mingguan pada sebelah pagi. Saya mempengerusikan mesyuarat bersama lebih kurang 10 rakan perunding di INFAQ #TeamTakaful dan staf-staf tadi.

Semua perancangan aktiviti terpaksa dirombak tarikhnya. Group binding, family day, agency planning workshop, jemputan ceramah, training dan sebagainya. Kebetulan bulan Mac adalah bulan terakhir dalam tahun kewangan bisnes kami di Takaful IKHLAS. 2 minggu lagi menuju ke akhir Mac 2020.
Oh ya, mesyuarat dijalankan melalui aplikasi Zoom. Ia sudah biasa kami gunakan sejak 2 tahun lepas lagi.

Malamnya adalah sesi training mingguan. Ia diteruskan macam biasa, guna video conference. Biasanya sebelum itu hanya untuk perunding-perunding luar KL, tapi malam itu 100% menggunakan Zoom.

Dua hari itu kami berbincang dalam group bagaimana strategi untuk menjalankan bisnes ketika musim MCO. Berdasarkan pengumuman-pengumuman oleh PM selepas itu, saya sudah menjangkau ia akan berlarutan.

Biasanya sebelum MCO, kami di INFAQ sudah terbiasa menjalankan aktiviti secara online.

Marketing kami juga fokus kepada online. Kami guna FB, instagram, blog melalui FB Ads dan SEO.

Sepanjang MCO, bisnes secara online dioptimumkan ke tahap 100%. Jika sebelum MCO, walaupun marketing dijalankan secara online, tapi untuk tujuan penerangan perkhidmatan produk dan sign up polisi perlu juga berjumpa dengan pelanggan secara bersemuka.

Tapi ketika MCO, dari marketing, appoinment, presentation hingga ke sign up juga dijalankan secara online.

Mujurlah BNM memberi kelonggaran yang memudahkan. Jadi kini menjadi new normal bagi kami untuk menjalankan bisnes 100% online dari rumah.

Rakan-rakan konsultan yang part time pun jadi full time sekarang sebab mereka pun bekerja jadi.

Cuma halangan paling besar ialah INTERNET.

Saya di kampung ni jenuh berebut internet dengan ahli keluarga lain.

Apa pun dengan new normal ini dan kekangan MCO ini saya dapati ada beberapa kelebihan berbanding kebiasaan:

1. Perunding-perunding kami dapat jimatkan banyak kos pengangkutan termasuk kos petrol walaupun tengah murah, kos tol, kos parking dan lain-lain. Biasanya untuk semua itu perlu dikeluarkan setiap kali berjumpa pelanggan.

2. Kami juga dapat jimat masa setiap kali temu janji. Untuk berjumpa pelanggan, akan ambil masa bertolak dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Itu belum lagi dikira masa menunggu pelanggan, atau pelanggan yang membatalkan temu janji. Atau menunggu pelanggan yang setiap kali hubungi akan reply “meeting” atau “drive”. Setiap kali mesej mesti meeting atau drive.

3. Perunding-perunding part time juga dah jadi macam full time. Biasanya mereka jalankan aktiviti pada waktu malam atau hujung minggu, tapi kali ini setiap hari siang malam boleh jalankan aktiviti bertemu pelanggan.

4. Biasanya ejen-ejen hanya boleh jumpa prospek pelanggan di lokasi sekitar kawasan jajahan mereka sahaja. Tapi di musim MCO, kawasan jajahan merentas selllluuuuruuuuuh Malaysia malah luar negara!

Apapun, cabaran internet dan komunikasi dengan pelanggan tetap menjadi cabaran utama. Besar harapan saya agar “new normal” ini menjadi amalan yang boleh diteruskan pada masa hadapan.

Alhamdulillah, dengan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan di INFAQ, pada bulan pertama tahun kewangan di Takaful IKHLAS 2020/2021, lebih 100 orang menjadi pelanggan kami. Ia menjadikan kami antara ejensi yang aling tinggi menghasilkan penghantaran proposal bagi bulan lepas. Ucapan penghargaan tahniah daripada COO Takaful IKHLAS harus saya dedikasikan kepada rakan-rakan perunding di INFAQ.

Ada beberapa Group Agency Manager bertanyakan saya bagaimana saya boleh close banyak? Saya respon; “Bukan saya yang close, tapi ejen-ejen saya”.

Sekali lagi tahniah kepada semua rakan-rakan INFAQ #TeamTakaful. Juga tak lupa ucapan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong kami. Jika ada yang ingin menyertai takaful bersama Team INFAQ, ada hadiah istimewa kami tawarkan pada bulan ini. Akses penuh untuk E-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW untuk pelanggan yang melanggan polsii secara bayaran tahunan.

Boleh hubungi perunding INFAQ Consultancy. Nanti saya minta mereka perkenalkan diri di ruang komen.

Ini satu permulaan yang baik untuk tahun kewangan 2020/2021. Semoga pencapaian ini dapat ditingkatkan dalam masa-masa akan datang. Jangan selesa dan berpuas hati degan pencapaian ini. Masa masih awal untuk berehat.

Kejayaan, apabila ia dicapai, ia hanya tinggal sejarah. Jadi, sentiasa cipta sejarah baru setiap hari.

Afyan Mat Rawi,
Group Agency Manager
INFAQ Consultancy

Nak sertai kami? Isi borang kerjaya takaful di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada mazhab kewangan yg konservatif dan bersifat defensif. Hutang tak…