fbpx

Hukum FOREX TRADING – Ustaz Zaharudin Muhammad

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 409Words
  • 754Views

Dipetik dari FB Zaharudin Muhammad

KOMEN RINGKAS SAYA BERKENAAN FOREX.

Saya tengok sahabat saya Afyan Mat Rawi berhempas pulas menjawab isu Forex. Ada yang kontra bersandarkan kepada pendapat seorang Ustaz. Pernah saudara saya datang bawa anak remaja dia yang berminat main forex dan nak guna wang mak dia RM20k. Hujahnya sama, guna utube ustaz yang fatwakan halal. Saya tengok klip video tersebut dan dapati ustaz tersebut tak detail dalam fatwanya kerana konteks orang bertanya tentang forex online tetapi dia faham forex macam money changer. Panjang lebar saya terangkan dan konklusinya saya nasihatkan jangan terlibat.

Secara asas hukum Forex ni sama macam hukum jual beli dan transaksi asas yang lain. Jika ditanya seseorang ustaz, apa hukum jual beli? Jika dia jawab harus, maka jawapan itu agak cuai kerana jual beli itu sendiri boleh jadi harus boleh jadi haram. Dengan kata lain, hukimnya subjektif. Jadi seseorang ustaz jika ingin berfatwa, dia mesti meminta penjelasan dengan lebih terperinci bagaimana kontrak, apa barang subject matters dan lain2. Jika dijawab harus secara umum, sedangkan kontrak jual beli itu adalah riba atau subject matternya adalah arak, maka satu dunia pelaku riba dan penjual arak akan jaja fatwa ustaz tadi bahawa ribanya dan perniagaan araknya harus berdasarkan fatwa ustaz fulan bin fulan. Padahal ustaz tersebut menjawab hukum asal jual beli tanpa mendapat maklumat terperinci.

Forex ni pelbagai, forex money changer, forex bank konvensional, forex perbankan Islam, forex antarabank antarabangsa, forex online dan sebagainya. Semua hukum berbeza-beza. Jika nak ulas satu persatu, memang panjang. Pernah saya terlibat waktu di ISRA dulu mempengerusikan satu tematic workshop di Jakarta berkaitan forex interbank antarabangsa. Itupun 2 hari berbincang berkenaan isu 3 hari delay payment antara bank pejual dan pembeli matawang antarabangsa kerana hukum forex mesti on the spot (قبض). Sakan bergasak dengan ulama2 indon yg kata haram sebab delay 3 hari. Selepas diberikan penerangan oleh expert pegawai bank berkenaan, maka akhirnya semua akur bahawa ianya halal. Itu ambik masa 2 hari setengah.

Kalau saya nak cerita detail memang panjang kerana forex interbank antarabangsa pun makan 2 hari workshop, inikan pula nak terangkan detail hal forex keseluruhan.

Cuma secara tuntasnya, isu forex online ini mempunyai isu syariah dan isu undang2. Nak detailkan panjang tapi ringkas saya boleh bagi tips iaitu jika selain daripada bank dan money changer yang berlesen, maka jangan terlibat. Jika pihak syarikat online mendakwa mereka adalah syarikat money changer berdaftar dan membuka peluang pelaburan dalam bentuk trading matawang, maka itu lagi jelas ianya satu pembohongan.

Sekian.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Hanum Saad CERITA PETANG KHAMIS. Mengambil iktibar…