fbpx

Hutang Peninggalan SiMati

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 384Words
  • 382Views

Dipetik dari Fb Ahmad Mustapha

HUTANG PENINGGALAN SIMATI

Cara pelaksanaan hutang simati :-

Wajib bayar hutang simati menggunakan duit dan harta peninggalan simati .
Sekiranya simati tiada harta peninggalan (tiada aset alih atau tidak alih) maka tidak harus kepada waris faraid termasuk isteri untuk menyelesaikannya menggunakan duit waris kecuali atas ehsan waris untuk membayarkan hutang simati .

Persoalan

Adakah hutang simati dibahagikan seperti mana mengikut bahagian faraid ?

Hutang simati TIDAK DIBAHAGIKAN mengikut faraid. Hutang simati perlu dijelaskan menggunakan duit dan harta peninggalan simati. (Basic)

Apabila mati seseorang , harta yang ditinggalkan oleh simati perlu menjelaskan hutangnya dahulu. oleh sebab itu pembayaran hutang simati berada di peringkat kedua teratas yang perlu dibuat dalam pengurusan harta pusaka simati .Pembahagian harta kepada waris faraid adalah pada peringkat terakhir dalam urusan pengurusan harta pusaka simati
Jika simati tidak meninggalkan harta maka tidak harus keatas waris faraid termasuk isteri (isteri waris faraid) menyelesaikan hutang tersebut kecuali atas ehsan waris faraid tersebut .

* Waris disini adalah waris faraid termasuk isteri . Isteri adalah waris faraid simati.
==============================
Tambahan maklumat 22/05/2021 selepas respon daripada pembaca ,

1- Ramai yang bertanya siapa yang nak bayar hutang simati jika dah hutangnya tak wajib dibayar menggunakan duit waris faraid .( Simati akan tanggung hutang tersebut dan perlu dibayar di akhirat )

2- Adakah hutang simati itu akan di tanggung oleh simati? Kesian simati kerana membawa hutang bersama nya ke alam seterusnya. (Ya akan ditanggung oleh simati)

Tuan- puan,

Itulah sebabnya kita perlu membuat perancangan semasa hidup terutamanya untuk diri kita sendiri .

Buat Pinjaman rumah kita ambil sekali dengan Perlindungan MRTT/ MRTT/ MLTA/MLTT bagi melindungi baki pinjaman rumah kita.Pihak Takaful akan selesaikan baki pinjaman kita apabila kita meninggal dunia dalam tempoh pinjaman tersebut.

Pinjaman kereta , kita ambil sekali dengan perlindungan autolife bagi melindungi keatas baki pinjaman kereta. Sekiranya kita meninggal dunia dalam tempoh pinjaman tersebut maka pihak takaful akan selesaikan.
Ada yang bertanya , bagaimana jika saya dah buat pinjaman kereta atau apa apa pinjaman/ hutang dengan agensi / individu / kawan tetapi masa beli saya tak ambil perlindungan tersebut bagi melindungi baki pinjaman/ hutang tersebut.

Jangan risau, tuan/ puan boleh menyediakan satu dana pantas bagi menyelesaikan pinjaman tersebut apabila tuan /puan meninggal dunia.
Beribu penyelesaian , antara salah satunya adalah dengan anda menyertai sumbangan takaful serendah RM100 bagi menyediakan satu dana pantas berjumlah RM250,000.00 bagi menyelesaikan hutang anda.

Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa orang rakan tag saya dan bertanyakan tentang sebuah video…