fbpx

Infografik-Memahami INCOME PROTECTION PLAN / PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 753Words
  • 667Views

Memahami INCOME PROTECTION PLAN / PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN

Apabila melanggan produk takaful, perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya berlaku malapetaka kewangan, yakni;

 Kematian
 Lumpuh
 Sakit Kritikal

3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kenapa saya katakan sedemikian rupa?

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan

  • Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
  • Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
  • Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan?

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.

Jadi, apakah solusinya?

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Contoh kes:

Sebagai contoh, seseorang yang berusia 30 tahun, dengan pendapatan 5,000 sebulan.

Berikut adalah cara pengiraaan income protection / penggantian pendapatan;

Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan = RM60,000

Ada dua cara untuk mengira jumlah coverage yang diperlukan;

 1) Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal)

2) Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal)

 KAEDAH PERTAMA ialah Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal), dengan cara berikut:

Dengan kaedah ini, jumlah coverage yang diperlukan adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan seseorang.

Dalam kes di atas, jumlah coverage minima yang diperlukan ialah RM600,000 atau bersamaan dengan 10 tahun gaji.

Kenapa 10 tahun gaji? Sebabnya, supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama 10 tahun. Jadi ada masa 10 tahun sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi, untuk dia atau / dan keluarganya menerima pendapatan yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Kaedah ini juga diguna utk kes-kes sakit kritikal, dengan jumlah perlindungan bagi penyakit kritikal bersamaan 3 hingga 5 tahun pendapatan seseorang.

KAEDAH KEDUA pula dipanggil Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal).

Kaedah ini, memerlukan pengiraan berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

Pasif income yang diperolehi adalah berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, jika dalam konteks Malaysia adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sekitar 6% setiap tahun.

Berdasarkan sampel kes di atas, untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM60,000 setahun adalah RM1,000,000. Ini bermakna, wang sebanyak RM1 juta diperlukan untuk diletakkan dalam Tabung Haji atau ASB untuk menjana pendapatan pasif / passive income sebanyak RM60,000 setiap tahun.

Jadi, melalui kaedah ini, seseorang yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun memerlukan perlindungan pendapatan sebanyak RM1 juta supaya sekiranya beraku kematian atau lumpuh, wang pampasan Rm1 juta tadi dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Kelebihan kaedah kaedah yang kedua ialah; wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.

 
APAKAH SOLUSINYA?

Untuk menyediakan dana kecemasan sebagai INCOME PROTECTION PLAN atau PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN INI, hanya perlu memperuntukkan 5% ke 10% sahaja daripada jumlah pendapatan untuk plan ini.

Dalam contoh kes di atas, beliau hanya perlu peruntukkan RM500 maksima setiap bulan untuk melanggan takaful bagi tujuan ini.

Sebagai contoh, ini contoh illustrasi dengan hanya RM400 sebulan yakni kurang 10% daripada jumlah tadi untuk perlindungan;

📝 Kematian RM1 JUTA
📝 Lumpuh RM1 JUTA
📝 Sakit Kritikal RM300,000
📝 Waiver – sumbangan tidak perlu diteruskan apabila disahkan penyakit kritikal & polisi kekal aktif.

NOTA: Kami menyediakan sesi “Klinik Takaful” untuk membuat review polisi takaful pengguna. Boleh PM

Berminat? Lengkapkan borang di bawah:

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pepatah Baru Malaysia Baru 1. Bagai Menunggu Tol Simpang Renggam…