Ini adalah posting misleading seorang ejen takaful yang cukup popular satu ketika dulu

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:266Views

Ini adalah posting seorang ejen takaful tahun 2012. Tak susah pun nak cari, search sahaja “medical card 3 in 1”, kemudian setting tahun yang kita nak cari.

Ia cukup popular suatu ketika ketika dahulu.

Berapa ramai yang pernah melanggan polisi medical card kerana percaya dengan pulangan sebegini rupa?

Stail sales idea begini, membandingkan takaful dengan ASB dan tunjukkan produk takaful lebih bagus daripada ASB, masih ada sampai sekarang.

Cuma bezanya sekarang, pakai istilah hibah kemudian kaitkan dengan pengurusan pusaka.

Kemudian katanya produk disahkan oleh BNM.

Cuba tanya pelanggan yang melanggan polisi takaful tahun 2012, betul ke dividen minima 9%?

Nak kata tak tegur, dah banyak kali dah ditegur benda-benda begini. Malah pernah saya PM kenalan saya yang juga manager. Report ke BNM pun pernah tapi diminta untuk laporkan kepada kompeni berkenaan. Apabila lapor ke kompeni, ditanya sama ada kita ni pelanggan atau bukan. Jadi, kalau nak lapor kepada kompeni, kena jadi pelanggan terlebih dahulu.

Perkara ini berlaku dalam banyak kompeni, termasuk daripada kompeni yang saya wakili. Ejen macam sebenarnya yang memburukkan industri takaful.

Saya kongsikan contoh iklan ini untuk tunjukkan bahawa ejen takaful mempromosi produk mereka dengan memburukkan ASB bukan baru berlaku. Ia dah lama berlaku dan diwarisi dari satu generasi ejen ke satu generasi ejen.

Dahulu siap ada ejen takaful buat artikel panjang bertajuk “Pelaburan ASB satu langkah bodoh kerana harta dibekukan selepas mati”.

Jika ada yang kata “mungkin ejen baru yang buat”, alasan tu tak valid untuk ia dibiarkan atau diambil mudah. Ya, mungkin ejen baru tu tak tau ia misleading. Tapi barang diingat, ejen baru tersebut diajar dan dilatih oleh ejen dan leader yang senior.

Ejen baru takkan berani buat promosi misleading seperti ini kalau tak dapat restu ejen senior, leader dan ejensi.

Contohnya posting tahun 2012 ini. Perbandingan tak adil antara takaful dengan ASB. Siap boleh letak dividen minima 9%. Ejen baru ini kemudiannya menjadi ejen senior dan leader, ajar benda sama kepada ejen baru tahun 2022.

Ia bukan salah produk, tapi salah ejen dan ejensi yang misleading. Benda macam ni memang ejensi yang ajar.

Jika dulu promosi mereka menggunakan terma “medical card 3 in 1”, tahun 2020/2021 sudah tak guna sangat sebab dalam masa 10 tahun, dah beberapa kali caruman medical card meningkat. Saving pun dah ke laut.

Jika orang luar yang kongsikanakan eda ejen takaful yang kata orang luar tak faham.

Jika orang dalam industri yang kongsikan, dikata pula dengki.

Jika Tuan-Puan pernah pernah nampak iklan macam ni, boleh kongsikan.

Kita sama-sama membanteras misleading dan misselling dalam industri takaful.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Kadar agihan keuntungan ASB dijangka antara 4% ke 5%. Jika…