fbpx

Inspirasi Perniagaan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 345Words
  • 319Views
Gambar sejadar hiasan

No photo description available.

Sempena keputusan SPM yang keluar minggu ini.

Keratan akhbar ini saya simpan dari tabun 2004, beberapa bulan selepas grad daripada UIAM suatu ketika dahulu.

Ia menjadi satu inspirasi untuk saya sehingga sekarang, yang mendapat keputusan SPM yang jauh lebih baik daripada kisah di dalam keratan akhbar ini.

Saya mendapat 6A1 dalam SPM, ehem, ehem…

Tulisan ini amat memberi inspirasi kepada saya untuk berniaga.

Penulis membahasakan dirinya sebagai ‘Abang’ di dalam tulisannya.

Beliau seorang anak yatim piatu pada usia 19 tahun, dan hanya berkelulusan SPM gred 3.

– Pada ketika itu, tahun 80, gred 3 masih laku utnuk mendapat jawatan seperti posmen, pembantu makmal atau memasuki maktab, namun beliau tidak berpeluang mendapatkannya.

– Kerjaya pertama beliau adalah sebagai penjaja aiskrim.

– Kerjaya kedua pula adalah berniaga pakaian di pasar malam.

– Kenderaan pertama beliau adalah motosiakal buruk, kemudian kereta dan kemudian van. Kesemuanya dibeli untuk memudahkan urusan perniagaannya.

– Dalam masa sama sebagai peniaga pasar malam, beliau menjadi supplier kelapa kepada kedai-kedai runcit.

– Hasil daripada usahanya sebagai peniaga pasar malam dan supplier kelapa, beliau membeli tanah.

– Kini, pendapatan bulanan beliau tanpa ijazah tersebut adalah melalui;

>>> Menjual kelapa; 3000 biji kelapa x RM 0.20 x 30 hari = RM 18,000.00
>>> Menjual kelapa sawit = RM 10,000.00 hingga RM 12,000.00
>>> Menjual pakaian = RM 6,000.00 hingga 8,000.00.

Perbelanjaan menguruskan perniagaannya adalah sekitar RM 10,000.00.

Maka, pendapatan bulanan beliau adalah kira-kira RM 24,000.00 hingga RM 28,000.00 melalui 3 saluran paip pendapatannya!

Amacam graduan muda, berani?

Ini antara inspirasi saya berniaga dalam bidang kewangan.

Jika ada yg ingin berniaga bersama saya, isi borang di bawah

 

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hidup umpama sebuah pelayaran. Kita tidak mampu untuk mengawal angin…