fbpx

INTEAM feat Khai Bahar

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 309Words
  • 306Views

🔴 Setanggi Syurga 2020 - INTEAM & KHAI BAHAR (Official Music ...

Siapa dah tonton video klip terbaru INTEAM feat Khai Bahar untuk lagi evergreen “Setanggi Syurga”?

Jika belum, boleh klik Youtube

Saya memang peminat INTEAM sejak zaman kampus. Sementelah pula, memang satu batch dengan mereka #doneclaim

Tambahan lagi, UIAM memang geng-geng ahli kumpulan nasyid seperti Brothers, Nowseeheart, Saujana, de’Hearty, Sabda, Amar dan lain-lain. Sekadar menyebut beberapa nama. Jika ada lagi, boleh tambah.

Memang ada yang masuk UIAM, disebabkan INTEAM lewat video-video klip kumpulan ini yang menampilkan UIAM sebagai latar belakang.

Tangga utama UIAM juga turut dikenali sebagai tangga INTEAM 😁

Saya dulu memang peminat nasyid. Selalu download daripada Sdra Busyairi Ahmad yang juga penggiat industri nasyid belakang tabir. Beliau memang pengumpul koleksi CD dan DVD original nasyid.

Geng-geng INTEAM pula memang satu batch dengan saya, terutama Sdra Muhammad Hazamin Bin Harun,Sdra Abdul Rahim Hj Osman,Sdra Syahril Khalid dan Sdra Hisham Ahmad. Sdra Suhaimi Saad Mosus shj yang bukan satu batch.

Tapi roomate saya di UIAM dulu, Dr Md Noor Hussin dikatakan mirip wajahnya dengan Sdra Suhaimi INTEAM.

Sejak dari matrikulasi UIAM Lembah Pantai, kemudian sambung ke Petaling Jaya hingga ke kampus utama Gombak. Pernah sekali dua berprogram dan usrah sekali

#doneclaimlagi

Nampak tak dalam gambar betapa khusyuk mereka mendengar gebang saya 🤣 Saya mohon untuk masuk INTEAM, tapi kebarangkalian besar ditolak.

Kalau nak tengok saya gebang bersama INTEAM, boleh klik Youtube

Jangan silap link. Link yang awal tadi, link INTEAM bersama Khai Bahar untuk lagi Setanggi Syurga.

Saya dah repeat 2, 3 kali dah lagu ni. Sekarang tengah trending di YouTube.

Klik Youtube

Mujur saya tak masuk atau feat dengan INTEAM. Kalau masuk, lagu tu mungkin jadi lagu Stenggi Shorga 😆

Afyan Mat Rawi
Tak dapat masuk INTEAM, dapat masuk INFAQ pun jadilah.

Btw, siapa Khai Bahar ni? Saya baru kenal dia selepas INTEAM buat video klip ni. Aku tak kenal dia. Aku tak undi dia…

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bayangkan, sejak daripada minggu lepas saya emel masih tak dapat…