fbpx

Intipati Ucapan Dr Daud Bakar Berkenaan Matawang Kripto

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 192Words
  • 330Views

Dalam perjalanan menuju ke INTAN pagi ini, saya terdengar di Radio IKIM tadi, melaporkan ucapan Dr Daud Bakar berkenaan mata wang Kripto.

Intipati Ucapan Dr Daud Bakar Berkenaan Matawang Kripto

Berikut antara intipati penting yang saya perolehi:

1. Mata wang Kripto sesuai dijadikan medium pertukaran dan pembayaran (malah juga pelaburan.

2. Tapi mata wang Kripto bukanlah mata wang sebenar menggantikan mata wang sedia ada seperti matawang fiat.

3. Mata wang Kripto belum boleh dianggap sebagai matawang kerana ia hanya memenuhi 1 daripada 3 ciri mata wang.

4. Untuk memenuhi syarat sebagai matawang, ada 3 ciri penting;-

a. Alat pertukaran
b. Menyimpan nilai
c. Bertindak sebagai unit pengukuran

5. Wang kripto hanya memenuhi syarat no 1 iaitu alat pertukaran, tapi tidak mampu untuk menyimpan nilai dan tidak boleh bertindak sebagai unit ukuran matawang.

6. Jadi, untuk membolehkan mata wang Kripto menjadi matawang sebenar perlu memenuhi ketiga-tiga syarat, sebagaimana yang sedang diusahakan di Dubai yang akan mengeluarkan mata wang Kripto sendiri untuk menggantikan wang fiat.

* Dr Daud Bakar adalah tokoh dunia daripada Malaysia dalam bidang kewangan Islam yg pernah bertugas sebagai Timbalan Rektor UIA, manakala penulis pula ialah budak nakal ketika beliau bertugas di UIA dahulu.

Afyan Mat Rawi.
Jangan lupa follow budak nakal ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berkampung selama 3 hari di INTAN untuk berkongsi kepada peserta…