fbpx

ISHARAFANS Meragukan

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 238Words
  • 312Views

Dari awal program like, share dan dapat duit seperti aplikasi ISHARAFANS sangat meragukan dan saya berani mengatakan ia adalah MONEY GAME.

  1. Siapa syarikat dan individu di sebalik program itu? Apa kredibiliti mereka?
  2. Bagaimana Facebook, YouTube, Google dan sebagainya buat bayaran berdasarkan task yang dilakukan oleh peserta kepada pihak syarikat?
  3. Kenapa perlu upgrade untuk pakej berbayar untuk dapat upah task yang lehih besar? Apa kaitan pakej tersebut dengan kadar upah yang lebih tinggi?

Soalan-soalan di atas saya pernah tanya dalam posting sebelum ini dan tiada jawapan yang konkrit diberikan oleh pengguna apps ini.

Jadi, ia menguatkan lagi ciri ISHARAFANS adalah SCAM.

Ini modus operandi yang meraka lakukan.

  1. Ajak orang join secara percuma. Kemudian diberi task untuk like, share dan kemudian diberikan sedikit upah sebagai ganjaran.
  2. Selepas peserta yakin, mereka akan diajak untuk upgrade kepada pakej berbayar utk pulangan yang lebih besar.
  3. Makin besar pakej, makin tinggi kadar upah diberikan.
  4. Upline pula akan dpt komisen jika orang bawah upgrade?

Yang hairannya, makin tinggi pakej dibayar, makin tinggi upah bagi task yang diberikan? Ini sahaja sudah menimbulkan keraguan.

Apa kaitan pakej dengan harga yang lebih besar dengan upah yang lebih tinggi bagi setiap task yang sama, jika bukan wang tersebut digunakan utk rolling bayaran upah tersebut?

Nampak tak bagaimana ia menjadi MONEY GAME?

Boleh tag sesiapa yg dah join utk jawab soalan saya di atas?

Afyan Mat Rawi

Penulis buku Tersontot Di Pintu Shorga.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semua tutup, tiada ruang untuk solat Masuk pasaraya tapi apabila…