fbpx

Isu Bulu Babi: Orang Kita Memang Sensitif

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 325Words
  • 461Views

“Babi betul!”, kata Mamat (bukan nama sebenar) sambil menghembuskan asap rokok yang baru dibelinya menggunakan kad kredit konvensional, tanda marah terhadap isu bulu babi ketika lepak di SturSucks bersama rakan-rakannya selepas pulang dari Genting Highland.

Orang kita sensitif betul dengan babi.

Ingat dulu masa isu DNA babi dalam Cadburry? Sampai ada yang buat servis cuci darah, untuk cuci DNA babi dalam badan.

Apa-apa yang ada kaitan dengan babi akan ditolak dan ditentang habis-habisan; DNA babi, daging babi, bulu babi, lemak babi dan apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan babi.

Malah untuk menyebut perkataan babi pun tidak tergamak, dan alternatifnya ialah “khinzir”. Perkataan “khinzir” dilihat lebih lembut sedikit daripada babi.

Sebenarnya ada yang lebih besar dan mudharat daripada babi yang dekat dengan orang kita; riba.

Ya, riba. Riba lebih teruk, dahsyat dan mudharat berbanding babi.

Tak masuk lagi bab rokok, bab produk Yahudi, jenayah judi dan lain-lain.

Jarang orang kita dilihat jijik dengan riba, sama seperti melihat jijik kepada babi, atau menentang dan menolak riba sama seperti menolak babi.

Majoriti orang kita tidak kisah dalam poket ada kad kredit bank riba, duit simpan di dalam akaun bank riba, pinjaman kereta dengan pinjaman riba, beli rumah dengan bank riba, insurans dengan insurans riba dan lain-lain lagi produk konvensional a.k.a riba.

BABI = tak boleh, haram, jijik, mencabar sesitiviti umat islam, bla, bla, bla, bla.

RIBA = hmmm, sikit je, takpe, ala tak perasan pun, sama je konvensional dengan islamik, sama je insurans dengan takaful, bla, bla, bla. Tahukah anda, dosa makan riba jauh lebih besar dari dosa makan babi?

Dosa makan babi, sekali makan sekali dosa. Tapi dosa makan riba, sekali makan berkali-kali dosanya. Dosa riba sama dengan dosa perang dengan Allah, dosa berzina dengan ibu bapa, dosa 36 kali berzina, dan hidup tidak berkat.

Jauhi riba.
M
ABIK = Asal Bukan Industri Konvensional!

(Bayangkan, kad kredit bank konvensional yang ada dalam poket kita itu adalah sekeping daging babi panggang. Tergamak tak untuk simpan?)

Revisited:
https://afyan.com/antara-babi-dan-riba.html/

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AKHIRNYA 15 Februari 2017, Tarikh ini akan menjadi salah satu…