fbpx

Isu harta sepencarian dalam poligami

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 640Words
  • 302Views

Sejak semalam, kecoh warganet berkenaan isu perkahwinan Shamsul Yusof dengan Ira Kazar, seterusnya menjadi madu kepada isteri pertama beliau Puteri Sarah.

Saya singgung isu ini daripada sudut pengurusan kewangan, tanpa sebarang gossip dan mengulas berkenaan poligami tersebut.

Tanpa mengeruhkan keadaan, isu yang ingin saya sentuh adalah isu berkaitan HARTA SEPENCARIAN yang selalunya timbul apabila berlaku poligami.

Apabila berkahwin lebih daripada satu atau poligami, selain isu nafkah, antara perkara yang akan timbul daripada sudut kewangan ialah HATTA SEPENCARIAN.

Isu harta sepencarian merupakan isu fiqh muamalat kontemporari. Ia tidak ada secara jelas di dalam al-Quran, Hadith malah dalam kitab-kitab fiqh 4 mazhab.

Isu ini lebih banyak dibincangkan di kalangan alim ulama Nusantara, berbanding alim ulama fiqh di Timur Tengah atas faktor uruf dan adat setempat.

Di Malaysia, harta sepencarian merujuk kepada harta yang dimiliki oleh pasangan suami isteri SELEPAS berkahwin. Kata kuncinya ialah “SELEPAS BERKAHWIN”.

Isu harta sepencarian, akan timbul dalam 3 situasi, iaitu;

1. Kematian salah seorang pasangan

2. Poligami

3. Penceraian

Apabila berlaku salah satu daripada ketiga-tiga situasi di atas, maka akan timbul isu harta sepencarian.

Dan selalunya isu ini akan timbul dalam situasi yang tidak harmoni, yakni berlaku perebutan hak masing-masing di antara ahli waris (dalam kes kematian), atau di antara suami-isteri (dalam kes poligami dan penceraian).

Praktis di Malaysia, isu harta sepencarian terpaksa diputuskan di mahkamah syariah. Apabila ia berlaku dalam keadaan tidak harmoni dan perebutan, sudah tentu ia boleh meretakkan hubungan keluarga dan merumitkan keadaan.

Sebagai contoh, dalam kes kematian si suami, akan timbul tuntutan harta sepencarian oleh si isteri di mahkamah. Situasi akan bertambah sulit apabila adik beradik arwah suami masuk campur menuntut hak faraidh mereka dalam kes pasangan tanpa anak atau tiada anak lelaki.

Tambah memeritkan, apabila si isteri terpaksa turun naik mahkamah untuk menuntut harta sepencarian yang dibina bersama suami ketika hidup dan di atas nama suami.

Jika dalam kes penceraian dan poligami, lebih akan menimbulkan berantakan terutama proses penceraian dan poligami berlaku dalam keadaan tidak harmoni. Jarang sekali di Malaysia berlaku kes penceraian dan poligami secara baik. Ada, tapi jarang-jarang berlaku.

Bayangkan pula jika berlaku kematian suami selepas poligami? Ia akan bertambah-tambah rumit. Bayangkan pula, berlaku poligami, kemudian bercerai, dan kemudian suami meninggal? Ia akan bertambah-tambah-tambah-tambah-tambah komplikated.

Sebenarnya, ada SOLUSI untuk perkara ini. Ia bukanlah solusi terbaik dan paling sempurna, tapi ia dapat mengurangkan komplokasi yang berlaku pada masa aka the datang.

SOLUSInya ialah dengan membuat satu perjanjian di antara suami isteri melalui DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN.

Sebaiknya ia dibuat melalui peguam atau melalui pemegang amanah. Dalam deklarasi ini, pasangan akan mengisytiharkan mana-mana harta sebagai harta sepencarian dan ia hendaklah mempunyai saksi dan duti stem.

Dengan dokumen ini, apabila berlaku ketiga-tiga situasi di atas, ia lebih memudahkan pasangan yang terlibat dan juga mahkamah untuk memutuskannya.

Dan yang paling penting, ia perlu dilakukan ketika rumah tangga harmoni, sebelum berlakunya 3 perkara di atas.

Jika sudah berlaku, tentu sukar diuruskan dengan baik.

Jadi, kepada para suami isteri di luar sana, eloklah buat deklari harta sepencarian ini daripada awal perkahwinan. Paling tidak ia memudahkan proses selepas kematian salah seorang nanti. Bukan sebab untuk berpoligami.

Selain itu juga, pasangan suami isteri boleh rancang “Loving Couple Hibah Policy”.

Antara kelebihan LOVING COUPLE POLICY berbanding HIBAH TAKAFUL ialah, penerima manfaat tidak boleh diubah oleh suami.

Dalam hibah takaful, suami letak nama suami sebagai penerima hibah, wicis suami boleh ubah penama tersebut tanpa izin isteri. Tapi jika LOVING COUPLE POLICY, suami letak nama isteri sebagai pemilik polisi, bukan sekadar penama hibah.

Itulah bezanya. Nak tau lebih lanjut berkenaan Loving Couple Policy? Klik di sini

Apapun, tidak kira deklarasi harta sepencarian, loving couple policy atau hibah takaful, semuanya bukanlah solusi terpaling terbaik dan terpaling sempurna. Namun ia dapat mengurangkan masalah di kemudian hari berbanding tiada perancangan langsung.

Seumpama kita memakai topi keleder ketika menunggang motosikal, ia bukan mengurangkan risiko kematian. Tapi ia mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Gambar sekadar hiasan

Sumber dar FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kos umrah meningkat? By right, boleh kurangkan umrah... UPDATE Selepas…