fbpx

Isu Scammer Kesihatan

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 731Words
  • 347Views

“Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.”

Ini yang saya risaukan ketika menulis tentang isu scammer kesihatan beberapa hari lepas.

“Doktor sama doktor berjuang, pesakit mati di tengah-tengah.”

Tulisan itu sudah dibaca dan mendapat respon daripada pelbagai pihak, termasuk pihak yang terlibat dalam civil war ini.

Ia amat dekat dengan diri saya, bekas pejuang anti-scam yang kini pencen.

Walaupun sudah pencen, tapi skil melawan dan mengesan scammer masih ada.

Cuma bezanya, saya melawan scam kewangan.

 

Dalam scam kewangan, ada 2 jenis scam secara umum;

  1.  Pertama dari scammer di luar bidang kewangan, seperti Alfafa, Tok Belagak, Arba, Mecca Fund dll
  2. Kedua, dari kalangan ejen-ejen takaful, ejen unit trust, banker – yang melakukan misleading, menipu, songlap duit klien.

 

Dalam kedua-dua jenis scam, akan ada jalan keluarnya.

Jika scammer seperti Tok Belagak, Arba, Alfafa dsb – ia tidak akan bertahan lama. Akhir sekali ia akan tersontot di pintu shorga. Sama ada sontotan itu dek tindakan perundangan seperti tersontotnya Mecca Fund, atau tersontot secara semulajadi seperti kebanyakan scam.

Majoriti akan tersontot secara semulajadi, apabila peserta-peserta sedar bahawa mereka kerugian dan scammer mendiamkan diri.

Manakala kategori kedua pula, boleh diadukan ke pihak berwajib iaitu Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti. Pengalaman saya, mereka sangat pantas mengambil tindakan untuk dibicarakan dan dikenakan hukuman. Saya sendiri pernah dilaporkan dan diambil tindakan.

Berbalik kepada scammer kesihatan ini, saya diberitahu undang-undang sangat longgar. Saya amat terkejut dengan perkara tersebut, kerana profesyen kedoktoran jauh lebih dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding kerjaya dalam bidang kewangan sebagai ejen takaful atau ejen unit trust.

Malah, isu scammer kesihatan menyebabkan nyawa manusia!

Jika scammer kewangan, walaupun penguatkuasaan undang-undnag lemah, tapi akhir sekali sang scammer akan tersontot secara semulajadi dan para mangsa akan sedar mereka ditipu.

Tapi dalam isu scam kesihatan, takkanlah nak tunggu mangsa mati baru sedar ia scam?

Dalam hal ini, saya mengambil sikap berkecuali dan memilih jalan tengah dalam konflik di antara “doktor vs doktor” ini.

Sejak saya umumkan yang saya berkecuali beberapa hari lepas, ada yang pandang serong. Ada yang kata saya oppurtunis. Ada juga yang kata saya memberi nyawa kepada scammer yang sudah dilumpuhakan oleh PW Community. Ada juga yang kata saya bias kepada PW.

Ironi betul. Sama macam dalam politik. Bila tak sehaluan, akan dituduh walaun, macai DAP, mahacai dsb.

Saya tak ambil pusing semua itu. Gelaran yang lebih buruk dan teruk pun pernah saya terima.

Saya menyokong usaha untuk mebongkar scam kesihatan yang dilakukan Medical Mythbusters Malaysia yang disokong oleh majoriti doktor perubatan.

Saya sudah lama dalam melawan scammer dan akui betapa sakit dan peritnya melawan scammer sehingga PW terpaksa bersembunyi di balik topeng tanpa identiti. Banyak tenaga, masa, dihabiskan malah wang terpaksa dikorbankan apabila dihadapkan ke mahkamah.

Tapi itulah namanya perjuangan. Ia memerlukan pengorbanan. Jika tiada cabaran, mehnah dan tribulasi, ia bukan perjuangan – itu ia hanyalah sembang kencang.

Saya memang anti produk-produk sampah, produk-produk overclaim, produk-produk overprice yang ditentang dalam isu scammer kesihatan.

Dalam masa sama juga saya memerhati hujah-hujah yang dikemukakan oleh doktor-doktor yang dituduh sebagai scammer kesihatan, termasuk juga dari kalangan bukan doktor perubatan moden.

Sefaham saya mereka memberikan alternatif kepada perubatan moden.

Jika baca tulisan-tulisan mereka, hujahan yang diberikan pun tidak kurang hebatnya dengan doktor yang menentang mereka sebagai scammer kesihatan. Malah ada juga saya baca tulisan mereka yang menafikan tuduhan-tuduhan liar oleh PW dengan hujahan dan gagal dijawab dengan baik oleh PW.

Kalau betul mereka scammer, takkan tak ada langsung tindakan oleh pihak berkuasa? Ada yang dikatakan scammer yang dah 10 tahun dalam pasaran? Takkan scam boleh bertahan 10 tahun? Kalau scam kewangan, 3 tahun pasti tersontot dan mangsa akan sedar mereka kena tipu.

Jika scam kewangan, di hujungnya jalan mati apabila scammer tersontot dan melarikan diri, manakala mangsa akan sedar diri kena tipu apabila apa yang dijanjikan tidak diperolehi.

Jadi, takkanlah dalam isu scam kesihatan, bagaimana hendak tahu doktor scammer tersebut tersontot? Nak tunggu pesakit mati, baru sedar ia adalah scam?

Bidang kesihatan jauh lebih penting dari bidang kewangan. Nyawa dan kesihatan jauh lebih tinggi nilainya berbanding wang ringgit. Malah dalam maqasid-syarieyah, menjaga nyawa lebih tinggi kedudukannya daripada menjaga harta.

Jadi,, ia patut lebih diambil peduli oleh pihak berwajib seperti Malaysian Medical Council (MMC) dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Jadi besarlah harapan saya agar Kementerian Kesihatan Kerajaan di Malaysia Baru di bawah YAB Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad mengambil serius dalam hal ini.

Afyan Mat Rawi
Penulis buku tak berapa nak laku “Tersontot Di Pintu Shorga”

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Apabila kita beli kereta, kita akan pilih kereta yang…