fbpx

Isu Sos Tiram Palsu Yang Mengguna Brand Adabi

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 331Words
  • 1476Views

Pagi tadi isteri pertama saya minta tolong beli barang dapur.

Jadi seperti biasa selaku suami mithali, saya bergegas ke kedai runcit berdekatan.

Sudah tentunya kedai Muslim.

Antara barang yang dikirim ialah sos tiram. Seperti biasa, terus terbayang di fikiran untuk membeli brand Adabi sekaligus sebagai sokongan kepada kempen #BMF.

Di kedai, tiba-tiba teringat tentang isu sos tiram palsu yang mengguna brand Adabi.

Lalu saya ambil 2 jenis botol dengan label Adabi, sos tiram dan sos lemak manis. Lihat gambar dibawah.

Apabila dilihat pada label pengeluar, didapati ia berbeza!

Kicap Manis Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumers Industries, manakala Sos Tiram Adabi pula dikeluarkan oleh Sri Nona Industries. Lihat gambar dibawah.

Apabila terlihat nama Sri Nona Industries, terus trigger satu lagi jenama sos tiram iaitu jenama Nona yang turut terdapat di rak lalu saya buat perbandingan. Lihat gambar dibawah.

Di bahagian label pengeluar, didapati kedua-dua Sos Tiram Nona dan Sos Tiram Adabi dikeluarkan oleh syarikat yang sama iaitu Sri Nona Industries! Lihat gambar dibawah.

Nampak sangat penipunya! Cari di Google mengesahkannya. Lihat gambar dibawah.

Kemudian saya buat lagibcarian di Google , mendapati bahawa Adabi memang tak keluarkan sos tiram tapi keluarkan Seafood Sauce, yang dikatakan lebih sedap dari sos tiram. Lihat gambar dibawah.

Lalu saya terus mencari-cari Seafood Sauce Adabi tapi tak berjumpa.

Selepas ditanya kepada tauke kedai runcit, barulah jumpa. Rupa-rupanya stok produk berkenaan baru sampai dan belum ditempatkan di dalam rak.

Mungkin gara-gara kempen BMF kali ini.

Akhirnya, suami mithali tadi terus mebeli sos tersebut buat kali pertama untuk isterinya di rumah. (Gambar 7)

Mission completed! Alhamdulillah! Takbir!

Misi mencari produk halal Muslim selesai.

Terbayang wajah kegembiraan sang suami pada gambar terakhir posting ini.

Jangan lupa tengok gambar terakhir. Ia paling menggemparkan!

Cuma masih tak faham, kenapa masih ada brand palsu Adabi ini? Takkan tak ada Apa-apa tindakan?

Afyan Mat Rawi
Suami mithali, setia pada yang satu

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/afyanIFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Encik Afyan, saya berminat menyertai INFAQ Consultancy sbg ejen. Nampak macam best…